“Tolong Bayar Balik RM500k” -Dua Konsert Search Dah ‘Sukses’, Penganjur Tuntut Hutang 5 Tahun Lepas

Hiburan

“Tolong Bayar Balik RM500k” -Dua Konsert Search Dah ‘Sukses’, Penganjur Tuntut Hutang 5 Tahun Lepas

Lima tahun sudah berlarutan, saman berjumlah RM500,000 terhadap kumpulan Search yang dituntut oleh sebuah syarikat penganjur konsert bernama Afjets Sdn Bhd masih belum diselesaikan.

Berhubungan dengan kes yang berlaku, pihak Afjets akan mengambil tindakan terhadap kumpulan berkenaan selepas sudah mengarahkan peguam mereka agar tuntutan dilaksanakan.

Advertisement

Afjets beranggapan dengan kejayaan dua konsert Search baru-baru ini iaitu Search Endemik dan Rocking on the Rooftop, mereka mampu untuk menanggung saman yang tertunda.

Menurut ketua pegawai eksekutif Afjets iaitu Amrul Nizar Anuar, tempoh lima tahun yang tertunda selepas mahkamah membuat keputusan, kumpulan berkenaan hanya berjanji untuk membayarnya sahaja.

Bagaimanapun, sehingga kini kumpulan terbabit terlihat seperti tidak berusaha untuk mencari sebarang inisiatif membayar saman terbabit.

Dalam pada masa yang sama, Amrul berharap kumpulan Search yang sudah berpecah sejak Mac 2020 itu kembali bersatu agar memudahkan pembayaran saman.

Sekadar info, saman terbabit dikenakan kepada tiga anggota iaitu Nasir, Din dan Kid berikutan membatalkan Konsert Search 35 Tahun yang sepatutnya diadakan pada tahun 2016.

azri iskandar azra
2 years ago

Kekasih Azri Iskandar Terus Letak 'Call' Ketika Interview 'Live', Netizen Kata Sah 'Fake Account'?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...