Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

‘Tolong Bangkit & Sedar’ – Anggap Hadiah Tak Ternilai, Nasihat Rita Rudaini Untuk ‘Single Mom’

Bergelar seorang ibu tunggal bukanlah satu tugas yang mudah. Mereka bukan sahaja kuat dari segi emosi, malah perlu membanting tulang untuk menyediakan kelengkapan secukupnya buat anak. Namun, bagi Rita Rudaini, gelaran single mom itu adalah satu hadiah yang tidak ternilai dari Allah SWT.

Rita turut memberi kata-kata semangat buat ibu-ibu tunggal yang lain. Jelasnya, Allah SWT menguji kerana tahu mereka kuat dalam menempuh dugaan.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

Kenapa ALLAH pilih kita jd singlemom? Sebab ALLAH tau kita mampu hidup tanpa lelaki. ALLAH tau kita kuat. ALLAH takkan uji di luar kemampuan kita. Kenapa ALLAH tarik suami dari dalam hidup kita? Sebab ALLAH sayang kita dan tak nak kita bersedih.

Setiap apa yang DIA bagi, semua ada sebab. Percaya dengan apa yang DIA beri pada kita. Redha dan bersyukur kerana itu lah hadiah dari DIA. Kenapa kita perlu mengeluh? Seolah-olah kita menolak hadiah ALLAH.

Kata Rita lagi, setiap apa yang telah ditakdirkan mempunyai hikmah yang tersendiri. Seseorang hendaklah redha dan bersyukur tanpa mengeluh.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

Dan kenapa sisturr masih sendiri hingga sekarang? Kerana sisturr tengah menikmati hadiah dari DIA. Yang takde sape pon dapat rasa dan nampak nikmat yang ALLAH beri pada kami. Hanya kami je yang dapat rasa.

So untuk singlemom yang ada DM sisturr mintak kekuatan, tengah bersedih, tolong bangkit dan sedar ‘ia’ adalah 1 hadiah yang tak ternilai yang korang memang tak nampak apa yang ada di depan tapi DIA lebih tau apa yang dia beri pada kita. Percaya pada perancangan ALLAH.

*hat ada laki takyah la galak nak jadi singlemom pulak. Masing-masing ada bahagian masing-masing tapi kena ingat, suami dan anak-anak tu hanya pinjaman saja. Tak yah dok sombong sangat ‘aku berlaki,kau ade??’ ‘Laki aku syg aku’. Mati nanti pon hang dalam kubuq sorang-sorang jugak bukan dok berketui dengan laki hang.

Ibu kepada dua anak ini turut menasihati ibu tunggal supaya segera bangkit dan sedar akan ‘hadiah’ kurniaan Allah SWT ini. Mungkin hikmahnya belum kelihatan, tetapi ibu-ibu hendaklah percaya dengan perancangan-Nya.

 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top