Tolong Abang Nara Buat Pilihan!!!

Hiburan

Tolong Abang Nara Buat Pilihan!!!

Sukarnya untuk membuat pilihan. Antara Lisa Surihani, Nora Danish, Neelofa, Juliana Evans dan Tiz Zaqyah, yang mana satukah harus Abang Nara pilih? Niat di hati nak pilih Nora Danish kerana kecomelannya, namun kang tak pasal-pasal kena debik dengan wife Abang Nara. Camner nie?

anugerah blokbuster

Advertisement

Eh ~~ Korang jangan salah sangka pulak. Bukannya Abang Nara kena pilih salah seorang daripada mereka untuk dijadikan calon bini kedua. Abang Nara tengah keliru nak berikan undian kepada siapa untuk kategori Heroin Terhebat Anugerah Blokbuster 2. Kesemuanya hebat-hebat dan mantap-mantap kot!!

anugerah blokbuster

Itu baru 1 kategori. Ada 13 kategori kesemuanya yang dipertandingkan dalam Anugerah Blokbuster 2 ini. Memang pening kepala dibuatnya. Mahu ambil masa 2,3 jam juga untuk membuat pilihan yang tepat. Kena undi berdasarkan mutu lakonan yang ditunjukkan, bukan sekadar paras rupa semata-mata.

anugerah blokbuster

Ada 2 cara untuk mengundi. Tidak perlu menggunakan dakwat kekal, Abang Nara hanya perlu ke laman web Anugerah Blokbuster 2 dan login Facebook di situ. Bila dah login, terus boleh mengundi dengan klik gambar “thumbs up”. Undian secara online ini hanya boleh untuk seorang sahaja bagi setiap kategori. Mudah kan

anugerah blokbuster

Cara mengundi yang kedua ini paling Abang Nara suka. Undi guna SMS. Korang follow je langkah-langkah di dalam gambar di atas. Yang penting, pastikan kategori dan nombor calon anda betul. Kesemua info itu boleh didapati di laman web Anugerah Blokbuster 2. Apa-apahal check dulu sebelum hantar SMS. Kalau salah kang rugi pulak.
anugerah blokbusterAnugerah Blokbuster 2 akan berlangsung pada 15 Jun 2013 dan akan disiarkan secara langsung di Astro Ria bermula jam 8.30 malam. Undian pula akan ditutup tepat jam 12 tengah hari 15 Jun. Jadi korang kenalah cepat mengundi pelakon-pelakon kegemaran korang. Untuk info lanjut, layari www.anugerahblokbuster.com.my.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...