October 7th, 2020

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila sesentengah artis telah dikritik oleh netizen kerana memuat naik ulasan produk atau iklan yang memaparkan wanita seksi yang memakai pakaian menjolok mata sehingga menimbulkan rasa kurang senang di kalangan masyarakat.

Namun, lain pula pendirian pelakon Nabila Huda kerana dia lebih bersikap selektif dan hanya memilih produk yang bersesuaian untuk dijadikan ulasan untuk dimuat naik di ruangan Instagram (IG) miliknya.

Nabila tampil mengulas lanjut mengenai hal itu dan turut memberi pesanan kepada peniaga di luar sana yang ingin melakukan ulasan produk untuk mengikut caranya dan tidak boleh memaksa pemilik IG supaya memuat naik gambar yang tidak sepatutnya.

“Kalau tengok di Instagram saya, tak banyak reviu sebab saya kawal benda tu. Kita faham orang bisnens tapi dalam hal ini lebih baik kalau kita tak terima gambar yang mereka bagi. Macam saya kalau orang nak suruh review boleh saja tapi mereka kena ikut cara saya dan tak boleh paksa post gambar yang tak sepatutnya..nampak buruk dekat IG aku nanti!”

Pelakon dan juga anak kepada penyanyi lagenda Amy Search ini juga berkata bahawa dia lebih selesa menjadikan media sosial sebagai sebuah platform untuk berkongsi perkembangan peribadi dan karier seninya. Namun dia dalam pada itu tidak bersikap skeptikal dan menganggap sesetengah orang menjadikan ulasan produk itu sebagai salah satu punca pendapatan dan ianya terpulang kepada pendirian individu itu sendiri.

View this post on Instagram

Helllooooo!! During this Covid19, Abil selalu make sure to wash my hand to stay clean and yang paling important to make sure my hand sanitizer ada dalam bag, kereta & everywhere I go. Just in case my skin kering or whatsoever, Abil selalu apply Vaseline Whitening Gel yang mengandungi Vaseline Jelly and skin-active rich ingredients. Vaseline Whitening Gel Fresh & Hydrated Bamboo is my favorite variant! It’s 100% pure bamboo and rich with Antioxidants. Kulit akan 3x lebih lembab plus boleh mencerahkan kulit korang. Vaseline Whitening Gel ni has a lightweight gel formula & meresap cepat dalam kulit dan yang paling best tak melekit! Korang boleh dapatkan Vaseline Whitening Gel ni dekat farmasi seperti @WatsonsMY or check out this: https://brand-my.shortlyst.com/vaseline/12802

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on

Mengimbas kembali, terdapat beberapa selebriti popular telah dikritik netizen kerana tampil memuat naik video di Instagram masing-masing yang memaparkan iklan khas untuk kegunaan wanita. Namun, gara-gara iklan yang tidak senonoh netizen telah meminta supaya artis dan selebriti bersikap lebih cakna dalam menyemak dan menapis produk sebelum melakukan ulasan berbayar.

Sumber : mStar Online


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...