Baru-baru ini, pelakon, Puteri Sarah Liyana telah memuat naik beberapa hantaran di laman Instagram berkongsi momen-momen sambutan hari Raya bersama dua cahaya matanya, Syaikhul Islam dan Sumayyah.
Menerusi hantaran tersebut, Sarah dilihat gembira menyambut syawal bersama keluarga mentua tanpa kehadiran suaminya, Syamsul Yusof.
Bukan itu sahaja, pelakon berusia 37 tahun itu turut memaklumkan dia kini berada di kampung halaman di Kedah bersama rakan selebriti, Janna Nick.
Difahamkan, kedua selebriti itu berasal dari Kedah dan menyambut hari perayaan bersama di sana.
Orang Kedah hadir!
Seperti tidak terkesan dengan kemelut rumah tangga yang dialami, Sarah turut dilihat meletakkan tanda pagar #teamrayasingle di ruangan kapsyen.
Meninjau di ruangan komen, ramai yang memuji aktres berkenaan kerana masih boleh tersenyum riang walaupun sedang berhadapan dengan ujian berat.
Namun, ada juga yang turut meluahkan rasa sebak melihat Sarah menyambut hari perayaan seorang diri.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.