“Tolak Tepi Buruk Dia Kejap” – Hadiahkan Ibu Kereta BMW, Nur Sajat Dipuji Netizen

Hiburan

“Tolak Tepi Buruk Dia Kejap” – Hadiahkan Ibu Kereta BMW, Nur Sajat Dipuji Netizen

Berindak menghadiahkan sebuah kereta mewah berjenama BMW buat ibunya. Usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat tampil berkongsi kegembiraan itu menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya hari ini.

sajat beri ibu bmw

Advertisement

Menurutnya, kereta mewah terbabit diberikan sebagai tanda menghargai pengorbanan ibu yang membesarkannya.

Tambahnya lagi, harta dunia boleh dicari namun kasih ibu tidak boleh diganti.

https://www.instagram.com/tv/CDnWkkFhUaH/?utm_source=ig_embed

“Kereta banyak buat apa kan. Jadi Sajat hadiah mak kereta. Sajat nak bagi BMW gold, dia nak yang putih juga. Dia kata senang nak bawa. Gold tu besar sangat.”

Ujarnya lagi, tanpa ibu bapanya, kejayaan yang peroleh kini mungkin sukar dicapai.

“Nakal macam mana pun kita, jahat mana pun kita, jangan kita lupakan mak ayah kita. Tanpa meraka, siapa lah kita di dunia ini. Bahagia lah mak ayah kita sehabis mungkin, waktu ini lah mereka nak merasa duit anak-anaknya.”

Kata Sajat lagi, doa ibu bapa merupakan salah satu punca rezeki yang diperolehi oleh anak-anak.

sajat hadiahkan ibu bmw

“Rahsia untuk mereka berjaya adalah doa mak ayah. Berkat doa mereka boleh kita berjaya walaupun dugaan datang tanpa di duga. Hargai mak ayah, sayangilah mak ayah kerana merekalah syurga kita. Amin.”

Berbeza dengan posting sebelum-sebelum ini, akaun Instagram yang popular dengan hentaman dan caci maki netizen itu seolah menunjukkan reaksi yang positif apabila rata-rata pengikutnya turut memuji kebaikan yang dilakukan Sajat terhadap ibunya. Bahkan ramai peminatnya menzahirkan perasaan bangga melihat kejayaan yang diperoleh Sajat sehingga mampu membahagiakan orang tuanya.

sajat hadiahkan ibu bmw

“Tolak tepi buruk dia kejap. Tengok layanan dia pada mak dia. Masya-Allah kagum. Semoga bahagia milik anak yang baik-baik kedua orang tuanya. Amin.”

Terdahulu, Sajat merupakan individu yang sering mencetuskan kontroversi apabila terlalu terbuka berkongsi cara hidupnya dengan mengenakan pakaian menjolok mata sehingga mengundang rasa kurang senang ramai pihak.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...