Tolak Tawaran RM20K Untuk Akhbar Lama 1 September 1957

Kehidupan

Tolak Tawaran RM20K Untuk Akhbar Lama 1 September 1957

Barangan antik atau bersejarah sememangnya mampu menarik minat mereka yang suka menjadikannya sebagai koleksi peribadi. Nilai sesuatu barang itu juga mampu mencecah sehingga jutaan ringgit mengikut kepada mereka yang membuat tawaran atau betapa lamanya sesuatu barang itu.

3 years ago

Ini Sebab Kenapa 31 Ogos 1957 Dipilih Menjadi Tarikh Kemerdekaan

Advertisement

Bersempena dengan bulan kemerdekaan negara yang ke-64 esok, seorang lelaki telah berkongsi cerita pernah ditawarkan RM20,000 untuk surat kabar lama. Menariknya, surat kabar ini bertarikh 1 September 1957 iaitu sehari selepas pengisytiharan kemerdekaan negara 31 Ogos 1957.

Surat kabar The Sunday Times itu memaparkan gambar hadapan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj sewaktu mengisytiharkan kemerdekaan dengan tajuk ‘THIS IS IT!’.

Lelaki kata surat kabar itu palsu tapi nak beli pada harga RM20,000

1 september 1957

Pemilik, Mohd Tarmizi Ismail yang menetap di Kampung Kekabu, Pasir Mas turut menceritakan pernah ditawar seorang lelaki untuk membeli akhbar terbabit.

“Pernah seorang lelaki datang melihat naskhah terbabit dan mengatakan ia adalah palsu, tetapi yang peliknya dia menawarkan pula sebanyak RM20,000 untuk membelinya.”

Beberapa hari lagi akhbar ini akan berusia 64 tahun, iaitu satu tempoh yang lama apatah lagi kandungannya adalah mengenai catatan sejarah kemerdekaan negara. Bagi Tarmizi nilai khazanah ini jauh lebih tinggi, dan sekiranya ada pengumpul barangan antik atau pakar yang mahu melihatnya, boleh hadir melihat sendiri di rumah dia.

Ditemui dalam rumah pusaka arwah ibu dan ayah

Tarmizi mengatakan dia terjumpa surat kabar lama itu pada tahun 2014 ketika sedang mengemas rumah pusaka selepas banjir besar. Bagaimanapun surat kabar itu dalam keadaan baik yang disimpan bersama sebilah keris pusaka.

Ayahnya yang meninggal dunia pada tahun 1998 merupakan seorang peniaga kedai runcit. Bagaimanapun, dia sebagai anak tidak pernah mengetahui kewujudan akhbar itu.

Tarimizi yang dihubungi wartawan bagaimanapun menegaskan dia akan menjaga akhbar bersejarah ini sebaiknya. Dia juga hanya akan menjual akhbar ini hanya jika harga yang ditawarkan mencapai nilai yang sewajarnya.

New Straits Times Press (NSTP) pernah cetak semula akhbar 1 September 1957 pada tahun 2014

1 september 1957

Pada tahun 2014 yang lalu, pihak NSTP memang pernah mengeluarkan semula akhbar bertarikh 1 September 1957 ketika Perhimpunan Agung UMNO. Sebanyak 1,000 naskah dengan 32 muka surat telah dicetak semula mengikut akhbar asal dan ia dijual pada harga serendah RM5 sahaja.

Semua cetakan ini berjaya dijual semuanya dan ramai yang gembira mendapatkan sebuah akhbar yang menceritakan detik-detik bersejarah negara.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...