Tolak Bedah Siasat Dilakukan, Ibu Zara Qairina Bersuara – “Kami Panik & Terkejut, Tiada Penjelasan Yang Jelas…”

Trending

Tolak Bedah Siasat Dilakukan, Ibu Zara Qairina Bersuara – “Kami Panik & Terkejut, Tiada Penjelasan Yang Jelas…”

Pendedahan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk M Kumar semalam tentang tindakan ibu arwah Zara Qairina Mahathir menolak bedah siasat mengejutkan ramai pihak.

Bagaimanapun, Noraidah Lamat berkata dia tidak dapat berfikir dengan waras ketika diminta untuk memberi kebenaran menjalankan bedah siasat ke atas anaknya yang meninggal dunia pada 17 Julai lalu.

Advertisement

Saya terkejut, panik dan tidak dapat membuat keputusan yang wajar ketika kejadian. Tiada penjelasan yang jelas dan kami memang tidak biasa dengan kes seperti ini. Kami panik dan tiada nasihat diberikan mengenai proses bedah siasat.

ibu Zara Qairina

Kalau tahu penting, tak akan tandatangan

Tulis wanita berusia 45 tahun itu di Facebook, sudah pasti dia akan mengizinkan jenazah anaknya dibedah siasat sekiranya tahu proses tersebut penting.

Jika kami tahu (kepentingan membuat bedah siasat), kami tidak akan tandatangan dokumen bagi menolak bedah siasat itu.

datuk m kumar zara qairina

Semalam, Bukit Aman turut mendedahkan berlakunya ketidakpatuhan prosedur oleh pihak polis kerana gagal menjalankan bedah siasat ke atas mangsa.

terkini kes zara qairina
2025-08-13 17:00:06

Kes Zara Qairina: JSJ Dedah Berlaku Ketidakpatuhan Dalam Siasatan - "Kita Kesan Ibu Mangsa Setuju Bedah Siasat Tak Dibuat"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...