Tol Percuma Pada Musim Perayaan Hanya Bebankan Kerajaan, Tidak Kurangkan Kesesakan Lalu Lintas – Zahid Hamidi

Berita

Tol Percuma Pada Musim Perayaan Hanya Bebankan Kerajaan, Tidak Kurangkan Kesesakan Lalu Lintas – Zahid Hamidi

Semalam, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memaklumkan bahawa kerajaan telah memutuskan dalam mesyuarat Kabinet tahun lalu untuk menghentikan pemberian tol percuma pada musim perayaan di negara ini.

1 day ago

Tiada Lagi Tol Percuma Untuk Rakyat Sempena Musim Perayaan - Menteri Kerja Raya

Advertisement

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menjelaskan bahawa pemberian tol percuma membebankan kerajaan juga dalam masa yang sama tidak dapat mengurangkan  kesesakan lalu lintas.

Menurut Berita Harian, beliau menyatakan kerajaan terpaksa menanggung pampasan lebih RM35 juta sehari kepada syarikat konsesi tol.

Ahmad Zahid juga menasihati pengguna lebuh raya agar merancang perjalanan dengan lebih baik tanpa bergantung kepada tol percuma.

Pengguna harus mengubah cara menggunakan jalan raya, terutama ketika musim perayaan.

ahmad zahid hamidi

Terdahulu,  Alexander Nanta Linggi menyatakan bahawa kerajaan akan menggantikan dengan pendekatan yang lebih bersasar dan ia bakal diumumkan dalam masa terdekat.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...