Tokyo Yang Kawaii & Mesra Muslim: Ini Trip Jepun Paling ‘Sweet’ Bersama Bestie

Branded

Tokyo Yang Kawaii & Mesra Muslim: Ini Trip Jepun Paling ‘Sweet’ Bersama Bestie

Orang cakap nak travel ni tak perlu banyak alasan. Cukup dengan orang yang ‘sekepala’ dan satu ayat magik, “Jom pergi Tokyo nak?”.

Jangan terperanjat kalau tiba-tiba dua minggu kemudian, and dah berdiri depan vending machine di Shibuya.

Memandangkan Jepun tengah jadi hot spot sekarang, kali ni Beautifulnara nak kongsi lokasi menarik yang anda boleh lawati jika ke Tokyo, Jepun.

Kali ni bukan sekadar tentang shopping atau budaya. Fokus kali ni kami nak chill sambil mencari sisi kawaii Tokyo yang mesra Muslim. Misi kami sangat spesifik: tempat makan kena Muslim-friendly, lokasi jalan-jalan mesti comel dan Instagrammable, dan yang paling penting… tempat tidur pun mesti ada unsur “aww so cute!” sepanjang kami di sana.

Pancake Gebu di FLIPPER’S Shibuya

Pada siapa yang suka makan dessert, please singgah FLIPPER’S, kafe yang terletak di Shibuya dan terkenal dengan soufflé pancake paling gebu serta moist. Bila suap kali pertama, terus faham kenapa ia digelar melt-in-your-mouth pancake.

Konsep kafe ni “Egg Farm to Table”, ia menggunakan bahan segar. Suasana kafe ni pula minimalis tak terlalu crowded dengan dekorasi yang fresh tapi paling best layanan yang diberikan sangat mesra.

Lebih penting, cawangan Shibuya ni disahkan Muslim-friendly, jadi memang makan dengan rasa tenang.

Nak ke sini pun mudah. Dari Shibuya Station, hanya jalan kaki dalam 7 minit. Pagi-pagi suasana tenang, sesuai untuk mulakan hari dengan mood manis.

Piknik Bawah Pokok Sakura & TOKYO SKYTREE View di Sumida Park

Kredit: Pinterest

Petang itu, kami ke Sumida Park, kawasan taman yang terletak di antara Sensoji Temple dan TOKYO SKYTREE. Lokasi ni sangat sesuai kalau nak rasa suasana lokal Tokyo yang lebih tenang dan berangin.

Jika anda pergi waktu bunga sakura sedang mekar, anda dapat menikmati suasana romantik seperti dalam drama dan filem. Dari sini anda boleh lihat pemandangan TOKYO SKYTREE yang luar biasa. Untuk ke sini dari Asakusa Station, hanya jalan kaki sekitar 5 minit.

Dunia Fantasi Digital di teamLab Planets TOKYO

Kredit: teamLab, Floating in the Falling Universe of Flowers © teamLab

Kalau nak rasa pengalaman yang luar dari dunia realiti, teamLab Planets di Toyosu wajib masuk senarai. Kami berjalan kaki dalam air cetek, bilik penuh bunga digital, dan ruang interaktif yang responsif ikut pergerakan badan.

Rasa macam masuk ke mimpi yang bergerak. Lokasinya pun senang saja, hanya naik Yurikamome Line dan turun di Shin-Toyosu Station. Jalan kaki sikit, terus sampai.

Funky Style di Takeshita Street, Harajuku

Kredit: Pinterest

Setiap kali lalu Takeshita Street di Harajuku, serius rasa macam masuk dunia kartun dengan penuh warna-warni, pelik tapi comel. Lorong kecil ni padat dengan butik baju indie, snack unik, dan aksesori kawaii yang tak dijumpai di tempat lain.

Paling kami suka, ada banyak kedai kecil yang jual tudung fesyen Jepun yang rare. Dari Harajuku Station, jalan kaki beberapa langkah je dah sampai ke lorong ni. Meriah dan padat, tapi itulah vibe sebenar Harajuku.

Bukan Tempat Jalan Je Kena Comel… Tempat Tidur Pun Wajib!

Sepanjang perjalanan ni, kami tak tukar-tukar tempat tidur. Mula hari pertama sampai terakhir, kami menginap di satu lokasi yang buatkan kami senyum setiap kali masuk bilik iaitu ASAKUSA TOBU HOTEL, bilik dengan tema Hello Kitty.

Bilik ni tak main-main. Setiap inci ada sentuhan Hello Kitty, dari cadar, kertas dinding ke siling. Ada dua tema: Sakura Tennyo untuk rasa dreamy yang feminin, dan Wa-modern yang gabungkan gaya tradisional Jepun dengan rekaan moden.

Setiap tetamu bilik Hello Kitty akan dapat hadiah eksklusif barangan edisi khas yang tak dijual di luar. Hotel ni terletak di kawasan Asakusa, sangat dekat dengan stesen dan lokasi popular seperti Sensoji Temple dan TOKYO SKYTREE. Dari Tobu Asakusa Station, hanya 1 minit berjalan kaki.

Bangun pagi dalam bilik yang comel macam ni buatkan mood terus ceria. Penat jalan pun hilang.

Tokyo mungkin bandar besar yang sibuk, tapi di sebalik hiruk-pikuk itu, ada satu sisi manis yang menunggu untuk dijelajah, penuh warna pastel, ruang comel, makanan halal yang menyenangkan dan pengalaman visual yang buat kita lupa dunia luar.

Trip kali ini buat kami sedar: bila hati tenang, makanan sedap, dan setiap sudut rasa dihargai… tak hairanlah kami mula bincang, “Next round Tokyo bila pula?”

Tak tau nak rancang perjalanan Tokyo anda dari mana? Layari https://www.gotokyo.org/en/index.html untuk info lanjut.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...