Tokyo Berada Di Tahap Amaran Tertinggi Selepas Menerima Peningkatan Kes COVID-19 Secara Mendadak

COVID-19

Tokyo Berada Di Tahap Amaran Tertinggi Selepas Menerima Peningkatan Kes COVID-19 Secara Mendadak

Tokyo menaikkan amaran COVID-19 ke tahap merah tertinggi yang membimbangkan dengan lonjakan kes harian baru-baru ini. Gabenor Yuriko Koike menggambarkan keadaan di ibu negara Jepun itu “agak parah” dan semakin membimbangkan.

Menurut kumpulan pakar, situasi semasa jangkitan di bandar raya itu berada di peringkat tertinggi sistem. Sistem tersebut mempunyai empat peringkat dan kini berada di peringkat akhir yang bermaksud jangkitan semakin menular.

Advertisement

“Kita berada dalam situasi di mana kita harus mengeluarkan peringatan kepada rakyat dan perniagaan.”

tokyo

Gabenor itu turut mengingatkan orang ramai untuk tidak keluar daripada rumah sekiranya ianya tiada apa-apa kewajipan penting. Menurut pakar kesihatan, jangkitan dalam kalangan orang muda dan kes tanpa simptom semakin meningkat di Tokyo.

Bimbang dengan gelombang kedua yang mungkin berlaku, perbandaran setempat, penggubal undang-undang pembangkang, dan pengguna media sosial meminta pemerintah pusat menangguhkan kempen bantuan perjalanan yang bertujuan untuk meningkatkan pelancongan domestik.

Kempen “Go To” antara inisiatif utama pemerintah untuk merangsang kegiatan ekonomi dan akan dimulakan bulan ini. Pemimpin beberapa bandar luar bandar mengatakan bahawa kempen tersebut, di mana perjalanan masuk dan keluar dari kawasan berisiko tinggi seperti Tokyo boleh menyebabkan penyebaran masyarakat secara meluas.

Terdapat laporan di media tempatan, penduduk Tokyo diminta untuk menjauhkan diri dari ibu bapa dan saudara-mara yang tinggal di luar bandar.

tokyo

Ini kerana mereka di luar bandar telah melaporkan jumlah kes COVID-19 yang sedikit. Pada Mei lalu, Perdana Menteri Shinzo Abe menarik balik perintah darurat di seluruh negara sebelum meneliti semula kemungkinan mengembalikan langkah kawalan itu.

Bagaimanapun, jumlah kes baru jangkitan COVID-19 mencatatkan peningkatan selepas darurat ditarik balik termasuk di Tokyo, iaitu pusat penularan wabak berkenaan yang melaporkan 243 kes baru minggu lalu.

Di Tokyo, kes baru setiap hari melebihi 200 dalam empat dari tujuh hari terakhir ini dengan rekod 243 kes Jumaat lalu. Manakala, ujian di kalangan pekerja kelab malam di kawasan zon merah menunjukkan peningkatan jangkitan di kalangan orang berusia 20-an dan 30-an.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...