Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

TokTi Titip Ucapan Selamat Berjaya Untuk Finalis AJL35, Netizen Persoal Kenapa Tak Tag Aishah Di IG

Aishah

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza baru-baru ini ada membuat ucapan khas kepada para finalis yang berjaya ke Anugerah Juara Lagu ke-35 yang bakal berlangsung malam ini di laman Instagram miliknya.

Dia juga turut membuat ucapan khusus buat penyanyi yang bakal mewakilinya menerusi dua buah lagu iaitu 7 Nasihat yang bakal dibawakan oleh Shiha Zikir, Kym Kmo dan Luca Sickta dan sebuah lagi lagu berjudul Aku Bidadari Syurgamu yang akan dinyanyikan penyanyi lagenda, Aishah.

Advertisement

“Kepada yang bertanding untuk AJL35, khususnya yang pertama untuk penyanyi dan komposer 7 Nasihat iaitu Shiha Zikir, Kmy Kmo dan Luca Sickta, komposer dan penulis lirik ABS iaitu Ippo Hafiz dan Siti Rosmizah serta penyanyi yang saya hormati Kak Aishah, semoga maju jaya untuk AJL ini.”

Walau bagaimanapun, muncul pula spekulasi serta desas-desus yang mempersoalkan mengapa Siti tidak meletakkan nama Instagram Aishah (@aishahjmm) dalam hantaran tersebut.

CTDK AishahSumber : Twitter  

Kemudian muncul pula penyataan netizen yang mengatakan bahawa pengguna Instagram tidak boleh meng’tag’ pengguna lain sekiranya akaun mereka telah disekat.

Advertisement
IG CTDKSumber : Instagram CTDK  

Malah, menerusi tinjauan kami, Siti Nurhaliza dan Aishah juga tidak mengikuti antara satu sama lain di media sosial Instagram.

Namun, sebelum ini penyanyi Janji Manismu itu ada memuat naik potongan video ucapan Siti sempena AJL35 pada hari Sabtu yang lalu dan tiada khabar mengenai mereka sedang berselisihan faham ataupun tidak.

Malah, kedua-duanya pernah berbalas ucapan dan pemberian hadiah di akaun Instagram masing-masing.

Terdahulu, Aishah telah dipilih sendiri oleh Siti untuk menggantikan dirinya dalam menyampaikan lagu berjudul Aku Bidadari Syurgamu sebelum Separuh Akhir Muzik-Muzik pada November tahun lalu.

Meskipun begitu, terdapat kritikan daripada sesetengah netizen yang merasakan Aishah gagal membawa lagu tersebut dengan baik dan kurang penghayatan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 Comments

  1. anonymous

    March 15, 2021 at 3:46 pm

    bukan masalh sora kak ecah pun.lagu ni old school la sgt nothing special….apasal la leh masuk final,lagi satu lagu nasihat tu pun failed gila punya la byk lagi lgu yg best…nk amik gak lgu tok ti ni yg rasanya lah dah senduuu sgt dah.byk dah retis baru yg lagi powerr come on la

  2. Anonymous

    March 15, 2021 at 11:10 am

    memang tak sedap aishah nyanyi…takde mood pertandingan… next time bagi je misha omar nyanyi …

  3. tecit

    March 15, 2021 at 9:35 am

    aku rase xsemestinye kot. kdg2 ade je kite boleh xsedar yg kdg2 org xleh mention kte sbb kt setting kte tu. mungkin aishah kene check balik setting dekat ig story die. korg ni benda teknikal la igt dorg reti/peduli ke. sibokkkk la korg ni adeii.

    kwn aku umor 32 tahun pon bile aku tgk igstory die aku xleh komen. bile aku tnye kt wasap die kate ntah la die pon xtau mcm mane setting die. die sendiri xtau org lain xleh reply kt igstory die. (die offkan reply utk igstory) itu umor 32 tahun tu. anak beteritippp. mls nk mikior setting igstory boleh mention ke xboleh mention.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama