Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza baru-baru ini ada membuat ucapan khas kepada para finalis yang berjaya ke Anugerah Juara Lagu ke-35 yang bakal berlangsung malam ini di laman Instagram miliknya.
Dia juga turut membuat ucapan khusus buat penyanyi yang bakal mewakilinya menerusi dua buah lagu iaitu 7 Nasihat yang bakal dibawakan oleh Shiha Zikir, Kym Kmo dan Luca Sickta dan sebuah lagi lagu berjudul Aku Bidadari Syurgamu yang akan dinyanyikan penyanyi lagenda, Aishah.
View this post on Instagram
“Kepada yang bertanding untuk AJL35, khususnya yang pertama untuk penyanyi dan komposer 7 Nasihat iaitu Shiha Zikir, Kmy Kmo dan Luca Sickta, komposer dan penulis lirik ABS iaitu Ippo Hafiz dan Siti Rosmizah serta penyanyi yang saya hormati Kak Aishah, semoga maju jaya untuk AJL ini.”
Walau bagaimanapun, muncul pula spekulasi serta desas-desus yang mempersoalkan mengapa Siti tidak meletakkan nama Instagram Aishah (@aishahjmm) dalam hantaran tersebut.
Kemudian muncul pula penyataan netizen yang mengatakan bahawa pengguna Instagram tidak boleh meng’tag’ pengguna lain sekiranya akaun mereka telah disekat.
Malah, menerusi tinjauan kami, Siti Nurhaliza dan Aishah juga tidak mengikuti antara satu sama lain di media sosial Instagram.
Namun, sebelum ini penyanyi Janji Manismu itu ada memuat naik potongan video ucapan Siti sempena AJL35 pada hari Sabtu yang lalu dan tiada khabar mengenai mereka sedang berselisihan faham ataupun tidak.
Malah, kedua-duanya pernah berbalas ucapan dan pemberian hadiah di akaun Instagram masing-masing.
View this post on Instagram
Terdahulu, Aishah telah dipilih sendiri oleh Siti untuk menggantikan dirinya dalam menyampaikan lagu berjudul Aku Bidadari Syurgamu sebelum Separuh Akhir Muzik-Muzik pada November tahun lalu.
Meskipun begitu, terdapat kritikan daripada sesetengah netizen yang merasakan Aishah gagal membawa lagu tersebut dengan baik dan kurang penghayatan.