Tular semalam mengenai satu perkongsian video daripada penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang telah mencuri perhatian netizen di media sosial.
Dalam video tersebut, Siti Nurhaliza dilihat mempromosikan hijab keluarannya dan bahagian komen hantaran tersebut dibanjiri komen pujian daripada peminat dan netizen.
Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah komen daripada usahawan kosmetik terkenal, Dato’ Aliff Syukri yang agak lucu.
Cantiknya idola saya..awak kenal tak saya artis no 1 ni..
Penyanyi lagu Cindai itu kemudiannya tampil memberi respon dan dilihat ‘mengalah’ dengan gelaran penyanyi nombor satu negara itu.
TERKINI: Siti Nurhaliza mengakui bahawa kedudukan beliau sebagai nombor satu telah tergelincir dan kini hanya bergelar Penyanyi Nombor Dua Negara, di belakang Aliff Syukri. pic.twitter.com/8Tx3mZ6Xfw
— Seputeh Qaseh Ramalan Cuaca (@IniAlalalannn) April 4, 2023
Mestilah kenal awak penyanyi no. 1, saya kat belakang awak ye..
Jawapan bersahaja penyanyi itu kemudiannya membuatkan netizen terhibur dan beranggapan Siti ‘terpaksa’ memberi jawapan tersebut.
TokTi terpaksa puji Datuk tu. Tak mahu kecil hati. Jangan perasan yaa.
Sekadar info, Aliff juga pernah menghasilkan lagu yang menjadi ‘viral’ di media sosial seperti Bobo Di Mana, Abang Nak Tegur dan Kelepok Raya.