“Tok Ti Is Cancelled!”- Susulan Kes Majlis Tahnik, Siti Nurhaliza Tutup Komen Instagram

Hiburan

“Tok Ti Is Cancelled!”- Susulan Kes Majlis Tahnik, Siti Nurhaliza Tutup Komen Instagram

Penyanyi kesayangan rakyat Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang sebelum ini dikritik agak hebat kerana didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika mengadakan majlis tahnik anak keduanya, Muhammad Afwa dilihat telah mengambil pendekatan menutup ruangan komen di Instagramnya sejak semalam.

Berdasarkan pemerhatian, Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa sebagai Tok Ti telah menyekat ruangan tersebut dalam beberapa entrinya yang terkini bagi mengelakkan kata-kata negatif yang boleh menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pengikutnya.

Advertisement

Dia mula menjadi perhatian netizen dan peminat apabila majlis tahnik yang dianjurkannya baru-baru ini telah membuka ruang pertikaian kerana negara masih lagi terikat dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Justeru, ramai yang beranggapan bahawa Siti Nurhaliza kurang sensitif dengan orang ramai yang masih lagi menunggu peluang untuk mengadakan majlis dan pulang ke kampung bertemu ahli keluarga.

View this post on Instagram

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Advertisement

Ada juga yang berasa kurang senang melihatkan beberapa tetamu undangan telah dibenarkan untuk merentas negeri semata-mata majlis tahnik seperti Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), serta tiga lagi penceramah bebas iaitu Ustaz Azhar Idrus, Don Daniyal dan Iqbal Zain.

Sementara itu, pihak polis dilaporkan telah selesai merakam keterangan lapan individu termasuk penganjur majlis tersebut berhubung dakwaan pelanggaran SOP PKPB.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

12 Comments

  1. Anon

    May 6, 2021 at 12:33 pm

    Dah la tu.siti ni baru bersalin.baca banyak benda negatif ni akan ganggu jiwa orang lepas bersalin.dia buat salah ke tak ke fikir la sikit org tgh berpantang tu jangan main kecam je

  2. Anonymous

    May 5, 2021 at 4:16 pm

    Dr Zul, Ust Don kan kerja di KL..

  3. Anonymous

    May 5, 2021 at 3:33 pm

    Banggang punya ct

  4. penasihat

    May 5, 2021 at 2:40 pm

    org sakit mata dan hati sebab org yg jauh2 di katakan dtg ke majlsi tu sedangkn rentas negeri tidak benar sama sekali tp ustaz dh beri penerangan bahawasanya diorg mmg kebetulan berada di kawasan kuala lumpur…so xsaLAH utk diorg hadir…netizen sakit hati semua ada sbb nya bila ke balai nk mohon utk balik kpg POLIS XKASI tp bab artis mcm mudah nk dpt kelulusan utk ke mana2..sbb tu peminat2 duk merengkammmm kes dr yg dulu2 artis duk rentas merata2..payah la ni..

Loading...