“Tok Ram Hadiahkan Peti Ais..” – Romantik Bukan Biasa-Biasa, Alyah Kongsi Sisi Romantik Ramli MS

Hiburan

“Tok Ram Hadiahkan Peti Ais..” – Romantik Bukan Biasa-Biasa, Alyah Kongsi Sisi Romantik Ramli MS

10 tahun melayari bahtera rumah tangga bersama maestro muzik terkenal Malaysia Datuk Ramli MS, penyanyi Alyah kini tidak segan lagi berkongsi sisi romantik suaminya itu kepada peminat.

Ujar Alyah yang ditemui media, dia sering menerima soalan peribadi yang menanyakan mengenai personaliti Datuk Ramli ataupun lebih mesra disapa sebagai Tok Ram ketika di rumah.

Advertisement

Mungkin kerana dia nampak ‘loud’ dalam TV, jadi orang pun suka nak tanya. Tok Ram ni apa yang kita nampak di kaca TV begitulah juga dia di rumah.

Dia tegas apabila melibatkan hal kerja, kalau dia sedang bekerja dalam studio tu, janganlah kacau. Saya dah faham dah.

Ujarnya lagi, Tok Ram mempunyai cara tersendiri ketika menunjukkan sisi romantik dan mengambil berat terhadap orang yang tersayang.

Romantik kami dengan cara kami tersendiri. Ia datang secara natural, tak perlu paksa nak nampak manja tu.

Tapi suami saya seorang yang mengambil berat walaupun dia tak pernah tunjuk secara ‘obvious’. Macam baru-baru ini dia hadiahkan peti ais supaya tidak perlu lagi turun naik ambil makanan.

Malah, Tok Ram akan sentiasa menghubunginya menerusi panggilan video jika dia bekerja di luar kawasan Kuala Lumpur.

Perkembangan terkini, Alyah bakal membuat persembahan di Konsert Apresiasi Irama Keroncong Malaysia yang dijadualkan berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya pada 5 dan 6 Ogos depan.

Fatin Afeefa opai
2 years ago

Fatin Afeefa Kongsi Keadaan Opai Di Hospital, Katanya Kena Pukul Dengan 'Geng Honda'?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Boom Malaysia

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...