Tok Kadi! Jangan Buli Pengantin Waktu Akad Nikah

Trending

Tok Kadi! Jangan Buli Pengantin Waktu Akad Nikah

Pada minggu lepas ramai pasangan yang menikah, almaklumlah musim cuti sekolah kan. Tetapi, tahukah anda sebelum menikah, mereka akan berasa risau sehingga tak lena tidur malam.

Apa yang dirisaukan sangat?

Advertisement

Si pengantin perempuan risau akan penampilannya di hari terpenting dalam hidupnya, manakala pengantin lelaki akan lebih risau sewaktu melafazkan akad nikah meskipun sudah beberapa bulan menghafalnya kerana takut malu jika diminta ulang kembali semasa akad nikah hingga nafas tercungap-tercungap ketika proses ijab kabul.

Menurut Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam laman Facebook miliknya memberitahu, proses ijab kabul tidak disyaratkan mesti satu nafas atau dua nafas atau berjabat tangan ketika akad nikah.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Dr MAZA menegaskan proses ijab kabul sebenarnya mudah dan akad nikah sudah menjadi sah jika bakal suami menjawab “Aku terima nikahnya.”

“Beliau tegas mengatakan tidak timbul akad berulang kali yang dibuat oleh sesetengah pihak membuli pengantin,” tegur mufti dalam satu status Facebook beliau baru-baru ini.

“Jika jawapan yang diperlukan begitu ringkas dan jelas, dan pengantin pun telah melakukannya, mengapa pula ada tok kadi yang sengaja bertanya hadirin: Perlu ulang ke?

“Lalu mereka pun dengan sukanya menyebut beramai-ramai ‘sekali lagi!, sekali lagi!’ Ini adalah permainan buli yang cuba dicampur aduk dengan hukum syarak.”

Perbuatan sesetengah kadi yang mendera pengantin agar mengulang lafaz terima ijab kononnya belum sah telah menggambarkan proses akad sebagai itu sebagai amat sulit sehingga ada pengantin lelaki yang terketar-ketar untuk menyebutnya.

“Padahal akad nikah hanyalah bagi menggambar persetujuan kedua belah pihak menjadi suami isteri yang sah. Apa-apa sahaja lafaz yang membawa maksud tujuan tersebut maka ia sah,” tulis Dr MAZA.

Teguran Dr MAZA di laman Facebook miliknya.

“Jika bapa bakal isteri menyebut ‘saya nikahkan saudara dengan anak saya Fatimah”, lalu bakal suami menjawab: “saya terima, atau saya bersetuju” atau ditambah “saya terima nikahnya” atau “saya bersetuju bernikah dengannya”seperti yang diminta oleh sesetengah sarjana dalam Mazhab al-Syafi‘i, maka sahlah ijab dan kabul tersebut,” tegur tokoh agama berkenaan.

Jadi kepada bakal suami yang akan menikah pada waktu terdekat ini, jangan panik kerana anggaplah tok kadi itu hanya ingin menguji kesabaran anda pada hari penting dalam hidup ini.

 

TAGS: bakal suami, akad, sekali, nafas, mufti, Dr MAZA

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...