“To The Black People, Relax”, Bekas Miss Universe Malaysia Cetuskan Kemarahan Dengan Isu Perkauman

Trending

“To The Black People, Relax”, Bekas Miss Universe Malaysia Cetuskan Kemarahan Dengan Isu Perkauman

Pemenang pertandingan ratu cantik Miss Universe Malaysia 2017 Samantha Katie James mencetuskan kemarahan orang ramai di media sosial kini. Ini semua gara-gara kenyataan yang dikeluarkan olehnya menerusi paparan Instagram Story yang dimuatnaiknya semalam.

Melalui paparan itu, dia dilihat lantang menyuarakan pendapatnya mengenai isu perbezaan warna kulit dan rusuhan kaum yang sedang melanda negara Amerika Syarikat (AS). Untuk makluman, AS kini berhadapan dengan demonstrasi besar-besaran bagi menuntut pembelaan bagi kematian George Floyd.

Advertisement

Baca: Aksi Pemandu Lori Tangki Merempuh Laju Pada Penunjuk Perasaan George Floyd Mencetuskan Tanda Tanya

“Kepada orang berkulit hitam, bertenang. Ambil ini semua sebagai satu cabaran untuk menguatkan anda.”

samantha katie james

Namun, Samantha yang juga merupakan seorang pelakon terus mengundang perasaan kurang senang netizen apabila dia meminta orang kulit hitam di AS agar menerima situasi yang berlaku sebagai cabaran.

Isu perkauman di AS adalah satu isu yang sangat besar dan sensitif di mana #BlackLivesMatter dapat dilihat trending di media sosial. Dia yang berkacukan Brazil itu juga mendakwa perusuh meminta dilahirkan sebagai orang kulit hitam di AS kerana bersebab iaitu untuk mempelajari beberapa pengajaran.

“Saya tak menetap di Amerika, ia tiada kena mengena dengan diri ini. Tapi bagi saya, nampaknya kulit putih telah menang.”

samantha katie james

samantha katie james

Pada masa yang sama, dia mendakwa pernah dibuli dalam hidupnya kerana menjadi seorang perempuan berkulit putih di sekolah negara ini. Namun netizen membidas kenyataan Samantha antaranya ada berkata, seseorang yang ditindas atas dasar perkauman tidak wajar menerima apa berlaku ke atas diri mereka begitu saja.

“Bayangkan membandingkan kulit putih dia sehingga dimarahi oleh guru besar kerana “membawa budaya barat ke sekolah” dengan isu perhambaan dan rasisme yang dihadapi bertahun-tahun oleh orang kulit hitam. Adakah dia masih memiliki mahkota Miss Universe Malaysia 2017?” luah seorang netizen.

Kebanyakan netizen kini berpendapat gelaran Miss Universe Malaysia yang disandangnya untuk ditarik balik kerana telah memburukkan imej gelaran yang dipegangnya itu. Sehinggakan, maklumatnya di Wikipedia turut diubah oleh netizen yang tidak berpuas hati dengan sikap perkauman yang ditunjuknya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...