Pada 27 Mac lalu, Perdana Menteri telah membuat pengumuman mengenai pakej PRIHATIN untuk membantu rakyat Malaysia dalam tempoh PKP ini.
Tujuan utama pakej PRIHATIN ini adalah untuk membantu rakyat Malaysia dari segi kos sara hidup, terutamanya kepada mereka yang mempunyai masalah sumber pendapatan akibat PKP.
Antara yang diumumkan ialah pengurangan jumlah bil elektrik yang perlu dibayar dalam tempoh PKP ini.
Bermula dari bulan April hingga September, rakyat Malaysia boleh menikmati diskaun sehingga 50% untuk bil elektrik.
Ramai yang tertanya-tanya, bagaimana kiraan diskaun ini dilakukan?
Pihak TNB secara automatik akan memberi potongan ataupun diskaun selama 6 bulan bermula dari bulan April 2020.
Ini jumlah diskaun yang anda layak terima berdasarkan jumlah penggunaan (kWh).
Ini contoh kiraan yang dibuat mengikut kadar diskaun yang ditawarkan.
Pasti ramai juga yang tertanya-tanya jika aktiviti pembacaan meter telah dihentikan buat sementara waktu, bagaimana pihak TNB melakukan kiraan dan bacaan?
Pengiraan bil akan dibuat secara purata berdasarkan penggunaan anda sebelum ini. Penyelarasan akan dibuat apabila tempoh PKP telah tamat.
Anda juga boleh muat turun aplikasi myTNB ke dalam smartphone anda untuk membuat pembayaran secara online.