TNB Lancar Portal Online, Transaksi Dalam Talian Bermula Hujung Bulan Ini

Trending

TNB Lancar Portal Online, Transaksi Dalam Talian Bermula Hujung Bulan Ini

Tenaga Nasional Bhd (TNB) akan melancarkan portal sehenti di www.mytnb.com.myhujung bulan ini bagi membolehkan pengguna membuat urusan ‘tanpa sempadan’.

Advertisement

Dalam satu kenyataan di sini, TNB berkata 8.6 juta pelanggan boleh membuat pelbagai transaksi dan mendapat akses kepada maklumat yang mereka kehendaki.

“Semasa tempoh peralihan sistem sepanjang bulan Julai ini, gangguan kecil mungkin terjadi bagi beberapa transaksi.

“Bagaimanapun, warga kerja kami sedia membantu dan akan berusaha sebaik boleh bagi mengurangkan gangguan tersebut,” kata TNB.

Urusan yang boleh dibuat termasuklah permohonan bekalan, pertukaran nama dan penutupan akaun.

Memetik portal FMT, perkhidmatan lain ialah pemulangan wang cagaran dalam tempoh yang lebih singkat dan terus didebitkan ke akaun bank pelanggan serta pembayaran bil.

Pelanggan juga boleh mendapat akses kepada maklumat dan trend penggunaan elektrik dan carian ke portal-portal lain yang berkaitan industri elektrik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...