“TNB Akan Pastikan Sistem Bekalan Elektrik Utama Dan Alternatif Beroperasi Dengan Baik Di Pusat Penyimpanan Vaksin” – TNB

COVID-19

“TNB Akan Pastikan Sistem Bekalan Elektrik Utama Dan Alternatif Beroperasi Dengan Baik Di Pusat Penyimpanan Vaksin” – TNB

Bagi memastikan pusat penyimpanan vaksin dan pusat pemberian vaksin Covid-19 dalam keadaan selamat, Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan memastikan bekalan elektrik kekal stabil di seluruh negara sepanjang pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagiannya iaitu Datuk Ir Baharin Din menjelaskan Malaysia akan menerima vaksin Pfizer-BioNTech bermula 21 Februari dan suntikan fasa pertama akan dijalankan pada 26 Februari.

Advertisement

Menurut beliau, bekalan elektrik yang stabil yang mencukupi diperlukan kerana vaksin berkenaan perlu disimpan pada suhu -70 darjah celsius.

 

“Perbincangan bersama pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang diteruskan bagi memperinci keperluan KKM terutama melibatkan usaha mengelakkan gangguan bekalan di lokasi penyimpanan vaksin”.

vaksin

“TNB akan memastikan sistem bekalan elektrik utama dan alternatif beroperasi dengan baik di semua pusat penyimpanan dan pusat pemberian vaksin”.

Tambah beliau, untuk mengelakkan kegagalan pada sistem, kerja penyelenggaraan condition-based maintenance (CBM) terhadap pencawang dan pembekal elektrik ke pusat penyimpanan vaksin telah dijalankan.

Sementara itu, pasukan teknikal TNB akan berada dalam keadaan siap sedia serta set-set janakuasa bergerak akan diletakkan di lokasi yang sesuai untuk memastikan tindakan yang pantas dapat diambil sekiranya berlaku sebarang gangguan bekalan di pusat penyimpanan vaksin berkenaan.

“TNB juga menyediakan dua saluran perhubungan khusus (talian khas) kepada pusat penyimpanan vaksin bagi membolehkan komunikasi pantas dengan TNB jika berlaku gangguan”.

Dalam masa yang sama, beliau memohon kerjasama kontraktor yang melakukan kerja-kerja pengorekan berhampiran kabel bawah tanah TNB untuk menghubungi TNB sebelum sebelum memulakan kerja.

Sekiranya orang ramai menyedari sebarang kejanggalan pada pemasangan TNB atau ingin melaporkan gangguan bekalan, sila hubungi talian TNB CareLine 15454.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...