TNB Akan Kaji Semula Mekanisme Selepas Terima Aduan Bil Elektrik Naik Secara Mendadak

Trending

TNB Akan Kaji Semula Mekanisme Selepas Terima Aduan Bil Elektrik Naik Secara Mendadak

Sejak kebelakangan ini, ramai yang mengeluh dengan kenaikan bil elektrik secara drastik yang diterima. Susulan aduan daripada orang ramai itu, Tenaga Nasional Bhd (TNB) kini akan mengkaji semula mekanisme yang dilakukan sebelum ini.

Untuk makluman, anggaran bacaan meter terpaksa dilakukan apabila operasi bacaan meter TNB terpaksa dihentikan buat sementara waktu. Ini adalah kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mula berkuatkuasa pada 18 Mac yang lalu.

Advertisement

Pengerusi TNB, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata beliau dan seluruh pengurusan TNB serta Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bersama-sama Suruhanjaya Tenaga sedang meneliti beberapa mekanisma untuk menangani rungutan yang disuarakan.

“Insya-Allah, doakan kami menemui jalan untuk menyelesaikannya.”

Bacaan meter secara anggaran terpaksa dilakukan dan dihantar kepada pelanggan TNB untuk tempoh dua bulan (Mac dan April) melalui aplikasi myTNB. Namun, operasi bacaan sebenar meter TNB telah dimulakan kembali sejak 15 Mei yang lalu dan bil terkini yang diterima oleh pelanggan adalah penggunaan sebenar sejak PKP bermula.

Sementara itu, beliau turut menafikan habuan elaun yang besar diterimanya sebagai Pengerusi TNB. Sejak isu kenaikan bil elektrik secara drastik hangat dibincangkan di media sosial, tular jumlah elaun Pengerusi TNB yang dikatakan mempunyai pendapatan RM 958, 228 sebulan.

“Elaun sebenar yang diterima adalah jauh lebih rendah. Cukup saya katakan terlalu rendah daripada apa yang ditularkan.”

pengerusi tnb

Beliau turut berharap penjelasan yang dinyatakan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan keresahan dalam kalangan rakyat Malaysia seterusnya memberikan kelegaan. Beliau juga menyarankan agar penyedia utiliti mempertimbangkan untuk memberikan potongan berdasarkan bacaan terbaru, sebagai langkah jangka pendek untuk membantu rakyat.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...