Bila sebut pasal kelab bola sepak Malaysia, pasti kita akan terbayangkan kelab Johor Darul Takzim (JDT) yang dimiliki Tuanku Ismail Sultan Ibrahim atau TMJ. Ini apabila JDT berjaya mencapai kejayaan demi kejayaan dalam Malaysia mahupun peringkat Asia.
Namun, JDT yang memiliki ramai pemain handal menyebabkan mereka semua perlu bersaing sesama sendiri dan menunjukkan keupayaan melebih 100 peratus. Ini amat penting bagi memastikan mereka dapat beraksi di padang sewaktu perlawanan dan bukan hanya duduk di bangku simpanan.
Tapi sebentar tadi, seorang pemain JDT, Syafiq Ahmad telah mencetuskan kontroversi selepas menaikkan satu ayat di Twitter yang berbunyi…
Mungkin pada waktu inilah baru Syafiq sedar yang ayat pendek itu sebenarnya kurang bijak dan tidak profesional.
TMJ telah menegur Syafiq melalui Instagram Story di mana semua pemain perlu bekerja keras untuk mendapatkan tempat untuk beraksi. TMJ juga menegaskan jika tidak suka dengan cara pengurusan yang sememangnya telah dipersetujui sewaktu tandatangan kontrak, pemain bebas untuk pergi ke pasukan lain.
Syafiq yang sedar kesilapannya itu dengan pantas membuat permohonan maaf secara terbuka kepada TMJ melalui Instagram Story miliknya.
Mesti ada antara korang yang tertanya apa yang dimaksudkan dengan TMJ “selepas insiden peristiwa pahit”. Pada penghujung tahun lalu, Syafiq Ahmad telah terlibat dalam satu kemalangan yang mengakibatkan anak, ibu mertua dan pembantu rumah maut. Syafiq dan anak sulungnya pula selamat dan isterinya pada waktu itu kritikal.
Selepas diberikan cuti panjang, Syafiq kembali pada Februari 2021 dengan semangat baru. Syafiq telah bersama JDT selama 4 tahun dan sejak kejadian itu, dia kurang beraksi dalam perlawanan penting.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
mimi
August 23, 2021 at 1:04 pm
i rasa yang ni tak apply ke tmj kot, if bawah takde, he can just look for other player. what makes you so special?
if you want to be the player that fit in the team, you gotta train hard and work hard for a spot. If you think you are that special, then prove it.
If not, carilah pasukan lain. He made a clear.stand tu. Boleh pegi pasukan lain yang tak strict mcm ni, tp tu lah gaji sangkut berbulan, fasiliti tak top notch la noks. Hehe
Anonmanious
August 23, 2021 at 12:17 am
Hebat BM nya. Tapi yg S ni guna huruf besar…mmmm
vml
August 23, 2021 at 12:15 am
gila nya laa… dgn sepatah ayat yg biasa2, pstu kne mintak maaf
cfo lama aku dulu pernah bg tau, walau staff bersalah, tegur dgn hikmah
walaupun masa tu aku ada hak nk marah
ada beza leader dgn just an upper figure
mslh sll berlaku bila org kt atas igt, kalau aku xde, ko xde
sebenarnya, kalau kt bwh xde, yg atas xde