TMJ Sumbang RM200,000 & Ingin Bantu Ebit Lew Dalam Semua Misi Bantuan Akan Datang

Trending

TMJ Sumbang RM200,000 & Ingin Bantu Ebit Lew Dalam Semua Misi Bantuan Akan Datang

Sungguh mendebarkan! Kami yakin itulah perasaan seluruh rakyat Malaysia bila melihat gambar dan video Ebit Lew bersama-sama TMJ, Tunku Ismail Idris.

Pendakwah bebas Ebit Lew yang baru sahaja pulang dari misi bantuan di Sabah semalam berkongsi saat-sat dia bertemu TMJ hari ini.

Advertisement

“Terharu sebak dapat berjumpa DYMM TMJ. @hrhcrownprinceofjohor . Tunku berkenan menerima mengadap. Terharu Tunku memberi kata semangat dan mendoakan”. – Tulisnya.

Ebit Lew turut memaklumkan TMJ telah menghadiahkan wang tunai sebanyak RM200,000 untuk misinya dan turut ingin menaja team Ebit Lew menunaikan umrah.

“Ya Allah TMJ sangat baik. Tunku kuat memikirkan keadaan rakyat Johor dan seluruh Malaysia. Tadi panjang berbual berbincang bagaimana nak ‘bantu orang susah dan menjaga agama Islam. Mendidik anak muda. Naikkan institusi pendidikan”.

Kata beliau paling berharga, ustaz teruskan kebaikan ini walau orang tak suka. Kita hidup bukan untuk popular tapi berjaya. Bantu rakyat. Sedangkan usaha saya ini amat kecil dibandingkan usaha TMJ”. – Tulisnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Dalam perjumpaan itu, TMJ juga berminat untuk meneruskan bantuan untuk semua misi Ebit Lew pada masa akan datang.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...