TMJ Hadiahkan Limosin Hummer Pada JDT, Kejayaan Juarai Liga Super Kali Ketiga Berturut-Turut

Trending

TMJ Hadiahkan Limosin Hummer Pada JDT, Kejayaan Juarai Liga Super Kali Ketiga Berturut-Turut

Selepas menerima pesawat mewah daripada Sultan Johor pada Ogos lalu, kini pemain Kelab Bola Sepak Johor Darul Takzim (JDT) dikurniakan sebuah limosin Hummer baru yang ditempah khas.

Advertisement

Menurut Facebook Johor Southern Tigers, pemilik kelab itu, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menghadiahkan limosin itu untuk kegunaan pihak pengurusan JDT.

Limosin itu dijangka siap hari ini akan turut digunakan untuk perarakan esok bagi meraikan kejayaan pasukan menjulang kejuaraan liga buat kali ketiga berturut-turut.

Skuad Harimau Selatan kendalian Mario Gomez melakar sejarah tersendiri apabila menjuarai Liga Super buat kali ketiga berturut-turut sejak 2014 selepas menang 3-0 ke atas pasukan Terengganu di Stadium Tan Sri Dato Hassan Yunos Larkin, minggu lalu.

Hummer ialah jenama kenderaan trak dan SUV daripada pembuatnya di Amerika Syarikat dan ia bermula dengan membuat kenderaan tentera. Pada 1992, AM General mula menjual Hummer dalam versi kenderaan yang boleh diguna pakai pengguna, bukan tentera.

Pada Ogos, Sultan Ibrahim Iskandar mengurniakan sebuah pesawat model Gulfstream 550 kepada JDT menjadikan kelab itu sebagai pasukan bola sepak pertama mempunyai pengangkutan udara sendiri yang serba mewah.

Pesawat itu dijangka siap pertengahan tahun depan.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...