Baru-baru ini viral di media sosial dakwaan seorang wanita terpaksa melahirkan anak seorang diri di bilik pengasingan khas bagi ibu hamil positif Covid-19. Dalam hantaran di Facebook, wanita berkenaan mendakwa panggilannya untuk meminta bantuan kakitangan hospital sebelum bersalin juga tidak dilayan.
Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) dalam sebuah kenyataan mengesahkan dakwaan wanita bersalin sendirian di Hospital Sultan Ismail (HSI) 31 Julai lalu. JKNJ walau bagaimanapun akan menjalankan siasatan lebih terperinci mengenai kejadian ini dan mengambil tindakan penambahbaikan yang diperlukan.
Sedihnya baca.. Kes kini dalam siasatan. pic.twitter.com/f0mSQitj4E
— Pakcik 2 #RakyatJagaRakyat (@JalalMisai_2) September 2, 2021
Terbaru, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi satu hantaran di Twitter menitahkan pihak tertentu diberikan peringatan dan amaran. Titah baginda lagi, petugas hendaklah memastikan keselamatan dan keselesaan pesakit sentiasa terjamin.
Saya telah menerima laporan dari JKNJ & melihat kenyataan JKNJ. Pihak-pihak tertentu akan diberikan peringatan dan amaran supaya memastikan keselamatan dan keselesaan para pesakit sentiasa dijamin. Perkara-perkara yang tidak diinginkan seperti ini tidak patut berlaku lagi. https://t.co/LoNFCnhYan
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) September 2, 2021
Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan perkara-perkara tidak diingini sebegini tidak patut berlaku lagi selepas ini.
Baginda bertitah demikian selepas menerima laporan daripada seorang warganet yang mahu perhatian dan keadilan selayaknya buat pesakit berkenaan.
Netizen turut berasa terkilan memandangkan perkara berlaku melibatkan nyawa ibu dan anak yang berkemungkinan diancam bahaya.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.