TMJ Beli Cenderahati Kipas Pink Dari Barcelona, Ini Reaksi Datuk Vida.

Trending

TMJ Beli Cenderahati Kipas Pink Dari Barcelona, Ini Reaksi Datuk Vida.

1

Beberapa yang hari lalu viral di laman sosial Facebook sebuah video yang memaparkan Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim membeli cenderamata kepada beberapa pasukan bola sepak di tanah air.

Advertisement

Apa yang menjadi tumpuan ialah cenderamata kipas tangan bewarna merah jambu yang dikatakan dibeli kepada pasukan tajaan Datuk Seri Vida iaitu pasukan Qu Puteh The Red Warrior yang kini sinonim dengan warna merah jambu.

Datuk Vida melalui laman Instagramnya telah tampil memberikan reaksi terhadap video TMJ berkenaan di mana beliau mengucapkan terima kasih kepada Tungku Ismail.

“Hai sayang…TQ kepada yg telah share video ni..Cenderahati kipas PINK dari Sepanyol.. Suatu ingatan TMJ padaPamoga Qu Puteh TRW.. InsyaAllahh saya akan ke Real Madrid..Barcelonnnna …MU…14 Mac ni..Bersama Astro.. TQ TMJ..,” tulis Datuk Vida di laman Instanya bersama video TMJ berkenaan.

Selain Pasuka QPTRW, TMJ juga membeli cenderamata kepada tiga pasukan lain iaitu seekor seladang untuk pasukan Perak, seekor gajah untuk pasukan Pahang dan seekor Kucing untuk pasukan Sarawak.

Namun video berkenaan telah dipadam semula selepas beberapa jam dimuat naik ke laman Facebook.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...