TMJ Antara Pemberi Maklumat Dalam ‘Raid’ Ops Sohor : Azam Baki

Berita

TMJ Antara Pemberi Maklumat Dalam ‘Raid’ Ops Sohor : Azam Baki

Pendedahan mengenai Ops Sohor oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini turut didedahkan bahawa operasi tersebut mendapat kerjasama dan bantuan maklumat daripada Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail (TMJ).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata TMJ mahu sindiket penyeludupan dadah yang berpusat di selatan tanah air dibanteras habis-habisan.

Advertisement

Tunku Mahkota Johor sebagai Pemangku Sultan Johor amat bekerjasama dan mahu perkara (sindiket) ini dibanteras.
Dan banyak juga kita dapat maklumat-maklumat yang kami perolehi daripada hasil networking (jaringan dan rangkaian) maklumat daripada Tunku Mahkota Johor.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Konvensyen Mahasiswa Antirasuah (Komawar), hari ini.

Azam turut memaklumkan pihak SPRM akan menyiasat pembabitan sebuah syarikat media yang dikatakan terlibat dalam sindiket berkenaan.

Sebelum ini, media melaporkan seramai 10 individu termasuk lima pegawai kanan tentera dan lima orang awam — antaranya seorang warga Indonesia berusia 30 hingga 55 tahun  telah ditahan di Lembah Klang sejak Rabu lalu bagi membantu siasatan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

SPRM RM31.4 bilion aset dirampas
2025-08-16 11:11:16

Banyak Kes Rasuah Dilumpuhkan, SPRM Berjaya Rampas Lebih RM31 Bilion Aset Dalam Tempoh 5 Tahun

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...