TM Mohon Maaf Dan Beri Penjelasan Berkaitan Pakej Broadband Lite 1Mbps

Teknologi

TM Mohon Maaf Dan Beri Penjelasan Berkaitan Pakej Broadband Lite 1Mbps

Baru-baru ini tular di laman sosial apabila TM mempromosikan Pakej Broadband Lite 1Mbps serendah RM38 sebulan. Penawaran pakej berkenaan telah membuat rata-rata netizen berang dengan apa yang diiklankan.

Wakil pihak Telekom Malaysia (TM) memaklumkan pakej itu bukannya sesuatu yang baru dan ia telah diperkenalkan sejak tahun 2015.

Advertisement

Pakej tersebut ditawarkan kepada pengguna ringan atau mereka yang jarang menggunakan internet dalam kehidupan seharian. Walau bagaimanapun, melihat kepada kawasan yang ditawarkan dengan sokongan fiber atau pakej unifi, pelan ini akan ditamatkan secara berperingkat.

Walaupun TM telah memaklumkan akan perkara itu, namun rata-rata netizen masih belum berpuas hati dan mereka mempersoalkan bahawa pakej penawaran tersebut sudah tidak relevan.

Pakej penawaran yang diberikan TM.

Sementara itu, pihak TM memohon maaf atas kekeliruan yang terjadi dan mereka dikatakan dalam proses menyemak kembali penawaran dalam memenuhi permintaan pelanggan serta pasaran.

SUMBER

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...