TM Membuat Penurunan Harga Streamyx Bermula Serendah RM69 Sebulan

Trending

TM Membuat Penurunan Harga Streamyx Bermula Serendah RM69 Sebulan

Sebagai langkah untuk mengatasi masalah yang dialami oleh pelanggan, TM telah mengambil keputusan untuk menurunkan harga Streamyx.

Proses penurunan harga kini sedang dilakukan melalui pengenalan kepada pakej baru iaitu internet berkelajuan 8Mbps pada harga RM 89 sebulan. Pakej ini juga boleh dilanggan oleh pelanggan sedia ada pada harga RM69 sebulan.

Advertisement

Melalui pakej yang diperkenalkan ini, pengguna dapat berjimat dengan lebih baik. Sebelum ini masih ada pengguna yang perlu membayar RM110 sebulan untuk pakej 1Mbps.

Kredit: Nikkei Asian

TM juga memaklumkan akan melancarkan ‘wireless broadband‘ untuk kegunaan pelanggannya. Pada masa yang sama, mereka juga sedang mengusahakan teknologi baru untuk memastikan pengguna dapat menggunakan internet dengan lebih baik.

Sumber: lowyat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...