Sebagai langkah untuk mengatasi masalah yang dialami oleh pelanggan, TM telah mengambil keputusan untuk menurunkan harga Streamyx.
Proses penurunan harga kini sedang dilakukan melalui pengenalan kepada pakej baru iaitu internet berkelajuan 8Mbps pada harga RM 89 sebulan. Pakej ini juga boleh dilanggan oleh pelanggan sedia ada pada harga RM69 sebulan.
Melalui pakej yang diperkenalkan ini, pengguna dapat berjimat dengan lebih baik. Sebelum ini masih ada pengguna yang perlu membayar RM110 sebulan untuk pakej 1Mbps.

Kredit: Nikkei Asian
Sumber: lowyat