Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Tiz Zaqyah Tidak Suka Cara PU Amin Berdakwah ‘Kasar’

Pelakon Tiz Zaqyah tidak setuju dengan dakwah keras PU Amin apabila pendakwah bebas itu menyarankan kaum wanita meletakkan jari pada seterika yang panas selama lima saat, ia adalah analogi yang beliau gunakan untuk menggambarkan azab api neraka sekiranya seorang wanita itu tidak menutup aurat.

Advertisement

Status itu sebenarnya dimuat naik di Twitter PU Amin pada tahun 2018, namun ia kembali menjadi perdebatan hangat netizen.

Tiz menganggap cara PU Amin berdakwah terlalu kasar. Seorang pendakwah seharusnya memberikan contoh yang baik dan menyampaikan ilmu dengan cara yang lebih berhemah.

Mungkin apa yang dikatakan oleh netizen dan Tiz ada benarnya. Kalau kita hendak mengajak orang melakukan kebaikan kenalah guna pendekatan yang lebih lembut agar hati mereka juga lebih terbuka untuk  berubah. Apa pula pendapat anda?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

66 Comments

  1. pu aman

    May 29, 2019 at 4:23 pm

    berkata benarlah walaupun ianya pahit atau menyakitkan…

  2. saodah

    May 28, 2019 at 9:02 am

    Roberto Carlos macamana pula Tizz? ahaks

  3. Yekeni

    May 28, 2019 at 3:03 am

    Not talking about the advise that he gave.

    But he looks like a school boy. Very young. What exactly is a pencetus umah? A tv program? Where contestants do researches and make presentations? And they are recognised as ustaz? Sry, i really dont know exactly what is a PU. There wasn’t such thing last time.

    Ustaz2 sekarang pun main selfie, wefie, post post kat IG eh? Post2 muka wife boleh eh? But what if other guys see and say manisnya bini dia etc etc….

  4. Rin

    May 27, 2019 at 7:48 pm

    Cara kasar pon tak ikot… Ntah lagi cara lembut… Manusia manusia.. Telinga pekak badak

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top