Tiz Zaqyah Tempelak Melodi, Ungkit Kisah Lama – “Kami Masih Ingat Korang Terjah, Interview Pelakon Sampai Dia Menangis”

Hiburan

Tiz Zaqyah Tempelak Melodi, Ungkit Kisah Lama – “Kami Masih Ingat Korang Terjah, Interview Pelakon Sampai Dia Menangis”

Pelakon Tiz Zaqyah menempelak program televisyen sensasi, Melodi kerana menggunakan trauma dialami Bella Astillah untuk menaikkan rating tontonan.

Menerusi Threads, Tiz turut mengungkit kisah lama suatu ketika dahulu ketika segmen Terjah datang ke set penggambaran untuk menemu ramah salah seorang pelakon.

Advertisement

Kami masih ingat macam mana korang terjah set ketika kami shooting dan pernah interview our co star sampai menangis dia balik rumah tak boleh shoot.

Tiz Zaqyah

Aktres tersebut juga berkata selebriti ditemu ramah secara tiba-tiba di depan kamera namun jawapan diberikan kemudian disunting dan tidak dimasukkan ke dalam video.

Dalam pada itu, aktres berusia 36 tahun tersebut turut menyelar Melodi kerana menjadikan kehidupan peribadi orang lain sebagai satu publisiti.

Publisiti is publisiti jangan la libatkan personal life. Bayangkan publisiti yang korang terbit ini kekal selamanya? Ingat tau, ia kekal SELAMANYA!!!

komen Tiz Zaqyah Melodi

Bella Astillah beri Sophia Albarakbah award

 

Kesihatan mental bukan bahan lawak

Ramai individu bersetuju dengan Tiz dan turut sama mengkritik stesen TV3 kerana masih menggunakan cara lama iaitu publisiti murahan.

Rata-ratanya menyelar Melodi kerana tindakan membuli dan mempermainkan trauma dialami seseorang untuk dijadikan tontonan ramai.

komen netizen - Melodi

Dalam pada itu, segelintir individu berpendapat Melodi dan TV3 perlu membuat permohonan maaf terhadap ramai selebriti yang trauma disebabkan mereka.

komen netizen - Melodi

komen netizen - Melodi komen netizen - Melodi komen netizen - Melodi

sophia al-barakbah dan bella astillah
2025-08-04 10:47:29

"Siapa Atur Bagi Hadiah Kategori Ni Memang Jahat.." - Stesen TV Didakwa Tak Jaga Air Muka, Peminat Kesian Dekat Bella Astillah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...