Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Tiz Zaqyah Sedang Bercinta Dengan Duda?

Lama juga kita tidak dengar khabar ataupun berita tentang pelakon Tiz Zaqyah bukan? Beliau juga nampaknya agak “low profile” sejak kebelakangan ini.  Terbaru, beliau dikatakan sedang bercinta dengan seorang lelaki berstatus duda. Eh, betul ke?

Advertisement

Berkawan dengan duda? Siapa duda itu? Saya sekarang tidak tahu apa yang orang sedang bercakap tentang saya. Kawan-kawan berstatus duda dan janda memang ramai tapi yang mana satu pula yang dimaksudkan itu.

Tiz masih  belum terbuka hati untuk kembali ke alam percintaan selepas putus cinta hampir setahun yang lalu dan kini gembira menjalani kehidupan solonya.

Saya gembira dengan kehidupan sekarang kerana tidak pening kepala dan asyik bergaduh. Buat masa ini kita buat sahaja apa kita suka. Saya percaya kalau ada jodoh itu, ia akan sampai juga, tapi kalau boleh biarlah yang belum pernah berkahwin.

Pada masa yang sama, Tiz akui kegagalan beliau dalam percintaan membuatkan dirinya lebih matang dan tidak mahu terlalu mendedahkan kisah peribadinya di laman sosial.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top