Written by AbangNara | October 24th, 2011

Cover BiPop semalam memanglah sangat-sangat awesome. Mana taknya, tunjang utama drama Soffiya iaitu Tiz Zaqyah dan Izara Aishah memakai baju kebaya menambahkan lagi kecantikan mereka berdua yang memang sudah sedia cantik. Abang Nara pasti ramai yang cair mair dibuatnya semalam. Tak gitu?

tiz zaqyah izara aishah

Dengar ceritanya drama Soffiya memang mendapat sambutan hangat sekarang ini. Abang Nara tak sempat nak tengok lagi. Khabarnya lakonan Tiz Zaqyah masih hebat seperti biasa. Tambah mengkagumkan dengar cerita lakonan Izara sebagai pelakon baru pun not bad jugak. Itulah yang kita mahukan. Bukan jual rupa sahaja, yang penting bakat ada. Tak gitu?

tiz zaqyah izara aishah

Bercerita tentang Remy Ishak, Tiz Zaqyah mengakui yang dia sedang rapat dengan Remy:-

Saya bukannya tak nak mengaku bercinta dengan Remy, tapi jika belum ada sebarang pengesahan, bila nak kahwin, saya tak berani cakap apa-apa, saya malu sekiranya dah pukul canang kami bercinta, di penghujungnya kami tak jadi kahwin. Jadi, saya hanya boleh katakan, ketika ini saya memang berkawan rapat dengan Remy. Dia ada sifat seorang lelaki yang memenuhi cita rasa saya. Remy juga memiliki kualiti seorang ketua, jadi saya nampak dalam dirinya memang ada ciri-ciri seorang suami, itu yang membuatkan kami serasi.

Abang Nara rasa daripada ayat di atas, kita boleh buat kesimpulan kita sendiri. Malah Tiz juga mengakui yang dia pernah makan bersuap bersama Remy Ishak ketika keluar makan berdua.

Saya tak pernah bawa bekal makanan untuk Remy ke set penggambarannya, jadi dakwaan yang mengatakan kami makan bersuap-suap tu, mana datangnya? Saya akui, memang pernah ke lokasi penggambaran filem Azazil sebelum ini dan makan bersama Remy, tapi kami tak pernah makan bersuap-suap pun… Kami takkan tunjuk kemesraan depan orang ramai, kami malu. Pun begitu, sekiranya kami makan berdua saja, saya mengaku pernah suap Remy, begitu juga dengan dia. Bagi saya, makan bersuap ni perkara biasa, lumrah. Kami nak rasa makanan masing-masing, bukannya nak feeling sangat pun.

tiz zaqyah izara aishah
Menurut BiPop semalam, Tiz dan Remy bukannya tidak mahu mengaku bercinta, tapi kepada sesiapa yang mengikuti perkembangan kedua-duanya di Twitter mahupun Facebook (FB), semua orang boleh membuat andaian sendiri, bagaimana status perhubungan mereka sebenarnya, jadi tak perlulah terbit kenyataan secara terang-terangan daripada mereka. So kalau anda nak tahu cerita sebenarnya, silalah LIKE Facebook Tiz Zaqyah hari ini jugak.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.