Tiz Ajak Saya Keluar 4 Kali – Jejai

Hiburan

Tiz Ajak Saya Keluar 4 Kali – Jejai

jejai ajak fasha keluar

Gile kentang. Jejaka romeo Malaysia Jejai telah pun mengeluarkan statementnya yang mampu menghancurkan karier lakonan Tiz Zaqyah.

Advertisement

“Tiz Zaqyah ada menghubungi saya empat kali, kira-kira jam 4 pagi, 19 Mac lalu. Kononnya dia ingin mengajak saya keluar tetapi saya menolak.”

Padahal baru semalam kat Harian Metro Tiz menafikan sekeras-kerasnya yang dia adalah wanita yang dimaksudkan oleh Fasha Sandha di dalam Twitter Fasha. Tapi hari ini Jejai selaku jejaka gentleman telah pun buat pengakuan.

“Jujurnya, saya hanya mengenali Tiz sebagai seorang rakan kerja Fasha yang pernah keluar bersama sebelum ini. Malah, Fasha sendiri yang mengenalkan dia kepada saya. Justeru, mustahil untuk saya keluar berdua dengannya atau menerima pelawaan ketika dia hubungi saya itu terutamanya tanpa Fasha sekali. Saya harap tiada lagi sebarang kenyataan yang tidak benar diberikan oleh mana-mana pihak mengenai isu ini.”

Siapa yang betul siapa yang salah? Adakah ini konspirasi Jejai dan Fasha untuk menjatuhkan Tiz? Atau memang betul pun Tiz ada ajak Jejai keluar? Ada apa dengan Jejai? Nantikanlah kesemua jawapannya di episod akan datang.

Tunggu ~~~~~~

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...