Tentunya ramai yang masih ingat dengan persembahan penuh sarkastik Drama Band di Anugerah Juara Lagu ke 34 (AJL 34). Agak mengejutkan apabila kumpulan itu berani meyindir Haqiem Rusli yang turut bertanding di dalam anugerah tersebut dan membangkitkan isu kontroversi penyanyi itu mengalami depresi sebagai gimik lagu baru.
Tidak dinafikan persembahan itu membuatkan Haqiem terasa hati kerana apa yang dipersembahkan agak keterlaluan, namun dia nampaknya tidak menyimpan dendam.
Drama Band kemalangan, Haqiem doakan agar semua selamat
View this post on InstagramAdvertisement
Baru-baru ini, Drama Band terlibat dalam kemalangan apabila kenderaan yang dinaiki dilanggar sebuah kereta ketika melalui terowong di Jalan Tunku Kudin, Pulau Pinang. Menerusi perkongsian vokalisnya, Aepul Roza di Instagram, kereta jenis ‘pickup’ yang dinaiki mereka rosak teruk.
Haqiem menerusi ruangan komen dilihat menitipkan doa agar kesemua anggota kumpulan itu dalam keadaan selamat.
Netizen puji Haqiem mempunyai hati yang suci
Sikap profesional Haqiem itu dipuji peminat yang menyifatkan penyanyi itu seorang yang berhati mulia dan suci. Sepatutnya sikapnya itu menjadi contoh buat artis-artis lain.
Meskipun pernah “dibadutkan” oleh kumpulan tersebut, kami agak kagum dengan sikap Haqiem yang sangat matang dan tidak menyimpan sebarang dendam. Teruska menjadi contoh yang baik buat masyarakat.

cik gayah
March 16, 2020 at 3:05 pm
Skejap je kn klu Allah nk bayar cash. bersyukur nyawa ko panjang ye pol. jgn mndongak sgt dok sindir perli org bagai. dia tak btl bia Allah yg tentukan. bkn kau!
Me
March 16, 2020 at 2:57 pm
Dlm keadaan dunia skrg..rsa2 nya tak guna jugak klau nak brsikap yg mrugikn diri sndiri, brdendam dsbnya … thumbs up haqiem .. keep up the positive attitude ?