Tisu Bahu Kiri Zul Ariffin Terkoyak Kerana Bersenam Secara Berlebihan

Hiburan

Tisu Bahu Kiri Zul Ariffin Terkoyak Kerana Bersenam Secara Berlebihan

Pelakon Zul Ariffin megalami kecederaan pada bahu kirinya dimana tisu pada bahagian tersebut terkoyak  gara-gara melakukan senaman secara berlebihan  di gimnasium pada hari Sabtu lepas.

Menghadapai kesukaran untuk menggerakkan tangannya ke hadapan, Zul telah berjumpa dengan doktor pakar sebelum mengesahkan kecederaan tersebut.

Advertisement

Saya yakin ia berpunca daripada senaman berlebihan. Sewaktu di gimnasium lagi saya sudah merasai kesakitan itu, tapi saya buat tak tahu saja.

Keesokan harinya,  . Saya terus berjumpa doktor pakar dan beliau mengesahkan tisu bahu saya terkoyak.

Walaubagaimanapun, Zul tidak perlu menjalani sebarang pembedahan untuk merawat kecederaan beliau. Buat masa ini, doktor menasihatkan beliau untuk berehat lebih daripada sebulan agar kesan koyak itu dapat pulih sepenuhnya.

Kecederaan ini agak serius sebab itu doktor menasihati saya supaya berehat dan tak boleh melakukan kerja berat. Ia tak perlukan pembedahan sebaliknya kecederaan sebegini akan pulih sendiri jika menjaga pemakanan dan rehat secukupnya.

Kadang-kadang kita tidak boleh terlalu memaksa badan untuk melakukan sesuatu diluar kemampuan kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan. Semoga Zul Ariffin cepat sembuh seperti sedia kala.

Sumber Berita: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...