Sudahpun melabuhkan tirainya pada malam kelmarin, final Muzikal Lawak Superstar musim ke-2 (MLS2) telah menyaksikan kumpulan Heart menjadi juara sehingga membawa pulang hadiah kemenangan bernilai RM150,000.
View this post on Instagram
Selain itu, antara kumpulan yang tampil memberikan saingan sengit pada malam akhir itu adalah kumpulan U.N.I.,Viral dan Janggo.
Namun, gelagat peserta yang turut menarik perhatian penonton adalah Atu daripada kumpulan U.N.I yang tampil membawa karakter penyanyi terkenal negara, Anuar Zain.
Dia yang berada di pentas meniru persona penyanyi lagu Sedetik Lebih itu muncul dengan penampilan kemas dan berambut lurus telah mencuri hati penonton dan juga tiga juri tetap MLS2 iaitu Datuk Awie, Fazura dan Zul Ariffin sehingga mendapat penghormatan ‘standing ovation’.
View this post on Instagram
Usai persembahan, kumpulan U.N.I telah berjaya merangkul gelaran naib juara dengan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM75,000.
Berasa gembira menerima penghargaan sedemikian rupa, Atu dalam satu hantaran di Instagramnya telah mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyokongnya.
View this post on Instagram
Dia dalam pada itu turut memohon maaf kepada semua termasuklah Anuar Zain kerana telah memilih persona penyanyi tersebut untuk dibawakan ke dalam pentas MLS2.
Sekadar info, kesemua bintang diadili 50% daripada juri manakala 50% lagi daripada jumlah undian penonton.