“Tipulah Kalau Saya Kata Tak Ada Rasa Nak…” – Sudah 5 Tahun Berkahwin, Mamat Sepah Kongsi Hasrat Nak Timang Anak

Hiburan

“Tipulah Kalau Saya Kata Tak Ada Rasa Nak…” – Sudah 5 Tahun Berkahwin, Mamat Sepah Kongsi Hasrat Nak Timang Anak

Setelah lima tahun melayari bahtera perkahwinan, pelawak, Mamat Sepah telah berkongsi hasratnya untuk memiliki cahaya mata jika diizinkan Allah SWT.

Menurut Astro Gempak, Mamat atau nama sebenarnya Mohd Noor Murad, dia sudah lama mengidamkan mahu menimang cahaya mata namun masih belum ada rezeki buatnya dan isteri.

Advertisement

Hampir lima tahun saya berumah tangga, tipu kalau saya kata tak ada rasa nak timang anak sendiri.

mamat sepah dan isteri

Bila lihat kawan-kawan bermain dengan anak-anak mereka, terdetik juga dalam hati bila agaknya rezeki saya akan tiba.

Dia mengakui bahawa dia berasa sedih dan kasihan pada isteri namun dia tetap cuba untuk berfikir secara positif.

Dalam pada itu, Mamat turut berkata, dia tidak akan melepaskan peluang untuk menunaikan umrah pada Hari Raya ini bagi memanjatkan doa agar impiannya untuk memiliki cahaya mata dimakbulkan.

Insya-Allah, niat pertama saya apabila sampai di sana adalah untuk berdoa agar kami suami isteri dikurniakan anak.

mamat sepah dan isteri

Saya benar-benar teringin dan sudah bersedia untuk mempunyai anak sendiri. Saya berharap Allah makbulkan doa saya.

Sekadar info tambahan, Mamat dan isterinya, Nordiana telah mengikat tali pertunangan pada 2018 dan dah bergelar sebagai suami isteri dengan sekali lafaz pada Mac 2020.

6 months ago

“Waktu Susah Kau Cari Aku, Waktu Senang Kau Tinggal” - Hantaran Mamat Sepah Tuju Pada Siapa?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...