Kemelut rumah tangga Hafidz Roshdi dan isteri, Nurul Shuhada mula menjadi perhatian setelah pelakon tersebut ‘kantoi’ mempunyai orang ketiga iaitu Athira Yuhada.
Baru-baru ini, pihak Melodi sekali lagi menemubual Shuhada atau mesra disapa sebagai Shu untuk bertanyakan perasaan sewaktu mengetahui suami berlaku curang terhadapnya.
Menurut Shu, sewaktu melihat video Hafidz mempunyai wanita lain, dia sememangnya tidak sangka kesudahan perkahwinan yang dibina berakhir sangat perit hingga waktu itu Shu tidak dapat bernafas dan seluruh badan menggeletar.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, ibu kepada dua orang anak itu berharap orang ramai tidak bercerita kepada anak-anaknya mengenai perbuatan yang dilakukan oleh Hafidz kerana tidak mahu mereka berasa kecewa terhadap abah mereka.
Apabila ditanya oleh pihak Melodi jika masih mempunyai perasaan sayang terhadap Hafidz, Shu mengakui masih menyayanginya tetapi dia terima ini adalah takdir mereka.
Tipulah tak sayang.. abah kepada dua orang anak kami..
Sekadar info, Hafidz Roshdi sebelum ini mengakui masih mempunyai perasaan cinta terhadap isteri dan ruang pendamaian masih terbuka buat wanita tersebut untuk perbaiki hubungan mereka.