“Tipu Dosa, Mati Seksa Kan Adik?” – Isteri Dakwa Penyanyi Berbohong Bagi Kebenaran Jumpa Anak

Hiburan

“Tipu Dosa, Mati Seksa Kan Adik?” – Isteri Dakwa Penyanyi Berbohong Bagi Kebenaran Jumpa Anak

Isteri kepada penyanyi dan komposer Ippo Hafiz, Fara Roslan dilihat ada memuat naik satu kenyataan berbaur sindiran terhadap suaminya itu di Instagram.

Dalam hantaran tersebut, Fara menafikan dakwaan Ippo yang mengatakan dia tidak pernah menghalang isterinya itu untuk berjumpa dengan anak bongsu mereka.

Advertisement

Rindu anak mama yang sangat aktif ni. Kalau tiada halangan mesti dah jumpa kan?

Tipu dosa, mati seksa kan di? Ibrahim (anak) pun cakap takut.

Kata Fara, jika benar Ippo membenarkan dia melepaskan rindu terhadap si kecil yang baru sahaja berusia 2 tahun lebih itu, pastinya dia sudah dapat berjumpa anaknya.

Fara juga menafikan dakwaan Ippo yang mendedahkan dia keluar dari rumah sejak November tahun lalu sebelum ini.

Terdahulu, komposer Ippo Hafiz atau nama sebenarnya Muhammad Hafiz Yaziz,34, mengakui dia tidak pernah melarang Fara untuk bertemu kedua-dua anak mereka yang kini berada dalam jagaannya.

Kemelut rumah tangga antara Fara dan Ippo mula tercetus apabila salah seorang saudara terdekat tampil mendedahkan penyanyi itu telah memisahkan hubungan ibu dan anak.

Pada 12 Mac lalu, Ippo hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Ampang bagi sebutan kes pertama nusyuz yang difailkan terhadap isterinya atas dakwaan Fara keluar dari rumah tanpa izin suami sejak November tahun lalu.

Ippo dan Farah mendirikan rumah tangga pada 24 Ogos 2019 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Maya Karin
8 months ago

Bersiar-Siar Bersama Teman Lelaki & Anjing Peliharaan, Maya Karin Jadi Tumpuan Netizen - "Izahhh Haram Tu Izahhh"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...