Tular mengenai satu kenyataan oleh ibu dan juga waris ke-2 arwah Zara Qairina yang menafikan laporan dikeluarkan oleh pihak berkuasa mengenai bedah siasat terhadap pelajar itu.
Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Saifuddin Nasution dalam satu perbahasan di Parlimen mendakwa ahli keluarga Zara, iaitu ibunya, Noraidah Lamat telah menolak sebanyak 2 kali prosedur bedah siasat terhadap anaknya.
Menurut Saifuddin, pendirian ibu Zara kekal sama, iaitu tidak mahu proses bedah siasat dijalankan bagi tujuan menyegerakan pengebumian anaknya itu.
Namun, laporan dakwaan itu disangkal Noraidah dan juga waris ke-2, Syira di media sosial.
Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan untuk menuduh beberapa suspek dalam kes buli membabitkan pelajar berusia 13 tahun, Zara Qairina Mahathir.
Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata, keputusan itu dibuat selepas meneliti kertas siasatan PDRM, namun identiti suspek tidak didedahkan.
Akhirnya! 5 Remaja Yakni Suspek Kes Buli Zara Qairina Akan Dituduh Di Mahkamah
Beliau menegaskan, langkah itu tidak menjejaskan siasatan polis termasuk prosiding inkues bagi menentukan punca sebenar kematian mangsa.
Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri memaklumkan PDRM telah menyoal siasat 195 saksi sebelum menyerahkan kertas siasatan kepada AGC.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.