Zaman sekarang ni, melipat kain ini bukan sahaja kerja bagi kaum wanita, akan tetapi bagi kaum lelaki juga lebih-lebih lagi bagi mereka yang tinggal bersendirian jauh dari ibu bapa. Tidak dapat dinafikan lain orang, lain gaya lipatannya. Apa yang penting melipat baju ni sangat lah penting bagi mengelakkan rumah Nampak berselerak.
Di bawah ni admin nak kongsikan satu tips bagi melipat seluar jeans supaya nampak kompak dan padat. Bagi mereka yang gemar ke luar negara, teknik ini mungkin sangat berkesan bagi mengisi kekosongan ruang beg dengan semaksima yang mungkin. Jom belajar teknik tu dari video yang dipaparkan di bawah…..
How to fold jeans (efficiently) pic.twitter.com/LcuNloDC9E
— The Human Experience (@thehumanxp) October 3, 2017
Seperti dapat dilihat di dalam video di atas, seluar jeans yang dilipat menggunakan teknik itu nampak sangat kompak dan padat. Ia juga dapat dijadikan bantal kecik bagi mengalas leher ketika berada di dalam kapal terbang. Masa yang diambil dengan menggunakan teknik ini juga adalah sangat singkat bagi mereka yang sudah mahir.
Apa pendapat anda diluar sana yang sering melipat pakaian di rumah? Berkesan atau tidak akan teknik ini?