Bila dah sarung tudung seharian kekadang melebihi 10 jam, itulah antara penyebab utama wanita hijab lebih cenderung untuk mengalami masalah kelemumur, kegatalan, kulit kepala berbau serta berminyak.
Masalah ini kerap kali menjadi punca detik memalukan apabila ‘kepingan salji’ kelihatan pada pakaian berwarna gelap, cadar dan lantai. Mesti ramai pernah mengalami situasi ini dan cuba pelbagai cara untuk menanganinya namun masih dibelenggu masalah ni kan?
Apa sebenarnya kelemumur?
Kelemumur adalah sel kulit mati yang terhasil pada kulit kepala. Simptom biasa adalah kegatalan, kemerahan, iritasi dan munculnya kepingan kulit pada kulit kepala, rambut, bahu dan sebagainya.
Bagaimana kelemumur terjadi?
Kelemumur terjadi kerana 3 faktor utama iaitu:
-Kulat Malassezia: Penyebab biasa kelemumur yang hidup pada kulit kepala dan bergantung kepada minyak yang dihasilkan folikel rambut. Jika tidak terkawal, sel kulit bertumbuh berlebihan. Kulit lebihan ini akan mati dan menggelupas kemudian bercampur dengan minyak dari rambut dan kulit kepala lalu menghasilkan kelemumur.
-Kulit iritasi dan berminyak: Cuaca Malaysia yang panas dan lembap menjadikan kulit kepala berminyak dan menyebabkan kelemumur lebih-lebih lagi dengan pemakaian tudung terlalu lama.
-Penggunaan syampu tidak betul: Penting untuk menggunakan syampu berubat yang betul untuk membersihkan kulit kepala bagi mencegah kelemumur.
Tangani masalah kelemumur bagi wanita berhijab
Untuk menangani masalah ini terutamanya untuk wanita berhijab, amalkan gaya hidup sihat, kendalikan tekanan, makan secara sihat dan tukar anak tudung bersih secara kerap. Yang penting adalah penggunaan syampu rawatan kelemumur yang betul.
Dalam banyak-banyak syampu anti-kelemumur, mana satu yang patut jadi pilihan? Memperkenalkan syampu Selsun Blue yang diakui berkesan oleh 99% penggunanya.
Apakah perbezaan utama syampu anti-kelemumur biasa dengan syampu Selsun Blue? Syampu Selsun Blue dirumus khas untuk merawat masalah kelemumur dan mencegahnya daripada berulang.
Syampu ini terbukti secara klinikal untuk merawat masalah kelemumur dengan berkesan dan cepat melalui bahan utamanya iaitu Selenium Sulfide 1%. Hasilnya boleh kelihatan dalam masa 2 minggu je!
3 varian melawan masalah berbeza
Selsun Blue Extra Strength: Syampu anti-kelemumur, melegakan kulit kepala gatal dengan menthol untuk sensasi penyejukan.
Selsun Blue Extra Moisturizing: Syampu anti-kelemumur dengan ekstrak Aloe Vera untuk memberi kelembapan ekstra bagi rambut kering dan rosak.
Selsun Blue 2-in-1: Anti-kelemumur dengan perapi untuk rambut normal. Varian ini membersihkan dan merapikan selain dirumus khas dengan Hyaluronic Acid & Vitamin B5.
Cara penggunaan syampu Anti-Kelemumur Selsun Blue:
Amalkan 3 langkah mudah ini untuk rambut yang bebas kelemumur:
1.Basahkan dan syampu rambut dengan Selsun Blue
2.Biarkan selama 1 hingga 2 minit untuk bahan aktif Selenium Sulfide bertindak ke atas kelemumur
3.Bilas rambut sehingga bersih
Tidak disyorkan untuk digunakan sebagai syampu harian kerana ianya boleh mengeringkan rambut. Had maksimum penggunaan yang disyorkan adalah tidak melebihi 3 kali seminggu.
Jom bertukar kepada Selsun Blue sekarang! Dapatkan di Shopee untuk pembelian serba mudah terus ke rumah korang. Paling best, ada diskaun sehingga 15% sehingga akhir April ini. Cepat guys! Untuk maklumat lanjut, ikuti Selsun Blue di Facebook dan Instagram.