Tips Tanam Daun Kesum Tanpa Gunakan Tanah

Kehidupan

Tips Tanam Daun Kesum Tanpa Gunakan Tanah

Daun kesum merupakan antara bahan penting dalam masakan seperti laksa, asam pedas dan lemak cili api. Ia akan menghasilkan rasa masam lemak dan aroma yang cukup menyelerakan setelah dicampurkan dalam masakan.

Namun kadangkala daun kesum sukar untuk didapatkan di kedai atau pasaraya. Jadi apa kata kalau cuba tanam sendiri daun kesum di rumah.

Advertisement

Tidak mempunyai tanah untuk bercucuk tanam?

Teknik tanaman ini amat sesuai dengan rumah apartment atau flat yang hanya mempunyai ruang balkoni kerana ianya tidak memerlukan walau sebutir tanah. Sebaliknya hanya menggunakan raga dan besen di rumah anda.

Cara tanaman.

  1. Petik daun kesum dan masukkan ke celah lubang raga penapis. Boleh gunakan daun kesum yang dibeli di pasar.

  1. Letak raga di atas besen yang berisi air.

  1. Tebuk lubang pada sisi besen bagi mengawal had air.

  1. Siram setiap hari. Boleh gunakan air basuhan beras sebagai baja.

Selepas dua minggu, pokok kesum pasti tumbuh dengan subur dan rimbun. Tidaklah runsing lagi untuk mencari di kedai apabila diperlukan untuk masakan.

Selamat mencuba.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...