Tuala dapur atau lebih sinonim dengan ‘kain buruk’ sememangnya satu peralatan yang wajib dimiliki di dapur. Ini kerana ia memiliki fungsi penting bagi memastikan kebersihan kawasan dapur. Mana tidaknya selesai sahaja memasak kita pasti akan mencari tuala dapur untuk membersihkan kawasan yang kotor akibat percikan minyak dan sebagainya.
Tidak hairanlah jika kain yang asalnya bersih cepat bertukar warna dan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Pastinya ramai yang terfikir untuk buang sahaja kain yang kerap digunakan kerana tidak mahu bersusah payah menyental kotoran yang ada. Mana tidaknya, walaupun kita sudah memberus atau cuci kain tersebut menggunakan mesin pencuci, bekas kotoran tetap ada.
Boleh hilang sabar nak menyental kotoran yang degil ni.
Kami kongsikan tips mudah bagi memastikan kain pengelap di dapur sentiasa bersih dan selamat untuk digunakan.
BAHAN-BAHAN
- Air panas.
- 1/2 cawan soda bikarbonat.
- Sedikit cuka.
CARA-CARANYA
Masukkan 1/2 cawan soda bikarbonat ke dalam bekas air panas bersama satu sudu cuka dan kacaukan hingga sebati.
Ambil tuala dapur yang hendak dibasuh dan masukkan ke dalam bekas tersebut, dan pastikan kain direndam sepenuhnya semalaman.
Setelah selesai, keluarkan kain tersebut dan bilaskan dengan air yang bersih. Seterusnya, seperti biasa jemurkan kain sehingga kering!
Mudah bukan? Hasilnya pasti mengagumkan. Jom Cuba!