Tips Masuk Rumah Baru Mungkin Ramai Terlepas Pandang, Yang Last Paling Penting!

Branded

Tips Masuk Rumah Baru Mungkin Ramai Terlepas Pandang, Yang Last Paling Penting!

Selain berada dalam fasa norma kehidupan baru, tak kurang juga yang melangkah ke dunia baru, mendirikan masjid dan bergelar suami isteri selepas lama bercinta. Dah kahwin, bermula lah hidup berdua, berkeluarga dan berpindah hidup di rumah sendiri. Tapi, mesti ada yang masih kurang pasti apa yang kena buat sebelum masuk tinggal di rumah baru kan? Haa, mari kami kongsikan apa patut korang buat.

Pasang Internet

Ini bukan lagi kemahuan, tapi keperluan zaman sekarang. Lebih-lebih lagi bila majoriti daripada kita masih bekerja dari rumah. Jadi, sambungan Internet yang stabil amatlah penting, tak adalah masa online meeting tapi line sangkut sampai ke sudah. Penting juga pilih pembekal Internet dengan sambungan paling stabil di kawasan rumah baru tu, jadi kena buat sedikit research sebelum pasang.

Update keluarga dan kawan alamat baru

Mungkin majlis housewarming tidak boleh dilakukan di rumah baru ketika ini, tapi apa yang perlu adalah memaklumkan kepada keluarga dan kawan terdekat mengenai alamat baru korang. Nanti mereka tidaklah tercari-cari atau tertanya-tanya di mana harus mereka tuju jika ada kecemasan atau hal penting.

Tukar alamat surat menyurat

Alamat surat-menyurat juga penting untuk dikemaskini. Bayangkan surat penting dihantar ke alamat lama dan korang hanya dapat tahu selepas sekian lama, banyak masalah nanti. Selain tu, untuk korang yang kaki shopping online pun kena take note ya, kalau parcel hilang nanti macam mana? Tak ke rugi?

Kunci spare untuk ahli rumah

Urusan pindah rumah, angkut barang, mungkin perlu ke sana-sini dengan urusan ubah suai rumah bersama kontraktor dan pakar hiasan dalaman, ahli rumah kena ada kunci spare. Ini bagi memudahkan urusan setiap orang dan mengelakkan kejadian tidak diingini seperti kunci hilang dan sebagainya.

Proses pembersihan & disinfeksi paling penting!

Nak masuk rumah baru, mestilah semuanya nak selamat dan selesa kan? Sebab tu wajib kena bersihkan dan disinfeksi satu rumah. Kita pun tak pasti dan nampak habuk atau kotoran sekeliling rumah sama ada ketika pembinaan ataupun dari penyewa lama.

Dah pindah barang, angkat susun kotak yang menimbun, mesti penat dah untuk bersihkan atau buat sendiri proses disinfeksi kan? Serahkan pada yang pakar! KV Clean kan ada! Dengan hanya serendah RM100 setiap sesi, proses buang habuk, mengemop, menyapu, mengelap, vacuum dan buang sampah, semua KV Clean uruskan. Segalanya ni dengan kontrak 4 kali servis untuk sebulan.

Rasa masih boleh kemas sendiri kalau ada masa terluang, servis pembersihan mengikut permintaan tanpa kontrak pun ada guys! Hanya perlu bayar RM120 setiap sesi, kedua-dua jenis servis secara kontrak atau atas permintaan akan menyediakan seorang tukang cuci selama 4 jam lengkap dengan segala peralatan pembersihan diperlukan.

Selain pembersihan dari kotoran yang nampak di mata, disinfeksi juga sangat berkesan untuk menghapuskan 99% virus. Jangan risau sebabnya KV Clean menggunakan bahan bukan toksik tanpa bau dan warna. Bahan-bahan ni juga bukan je bebas alkohol dan tidak mudah terbakar tapi paling penting tidak berbahaya kepada manusia atau haiwan. Jadi memang fully-recommended untuk korang jadikan KV Clean sebagai pembantu masa masuk rumah nanti.

Tak lama lagi dah nak raya, rumah kenalah bersih. Penat berpuasa seharian, apa kata tahun ni bagi KV Clean uruskan pembersihan rumah korang. Servis pembersihan hanya RM90 untuk 3 jam, servis infeksi pula hanya RM258 per sesi. Bila last servis penghawa dingin? Nak rumah selesa dan nyaman, servislah dengan KV Clean, RM99 untuk 3 unit ke atas, harga biasa RM150 setiap unit tu. Jimat banyak guys!

Nak rumah bersih dan selesa? Serahkan je pada yang pakar! Untuk maklumat lanjut, boleh ke SINI atau ikut KV Clean di Facebook dan Instagram untuk update terkini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...