Tips Kumpul RM19,000 Dalam Masa 6 Bulan Sahaja Dengan Gaji Bawah RM 2,000

Kehidupan

Tips Kumpul RM19,000 Dalam Masa 6 Bulan Sahaja Dengan Gaji Bawah RM 2,000

Membuat simpanan bulanan bukanlah satu perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi bagi generasi muda yang sentiasa ingin up-to-date dalam berfesyen dan pilihan gajet.

Gaji banyak mana pun memang takkan pernah cukup.

Namun, jika benar-benar tekad dan berusaha pastinya kita mampu melakukannya. Jangan terkejut, jika ada yang bergaji di bawah RM 2,000 sebulan pun mampu menyimpan sehingga RM19,000 dalam tempoh yang singkat sahaja.

Advertisement

Nurrul Shahfika Ahmad dikatakan hanya memiliki simpanan sekitar RM3,000 sebelum dilamar suami tercinta pada Febuari 2019. Namun, dia berjaya menyimpan sehingga lebih RM19,000 menjellang hari perkahwinannya pada September tahun itu.

“Bila kita niat nak buat baik, Allah permudahkan semudah-mudahnya urusan kita. Suami saya lamar saya pada Februari 2019 ketika simpanan saya sekitar RM3,000 sahaja tetapi saya berjaya menyimpan sehingga RM19,000 sendiri,”

Twitter

Berikut adalah tips ‘murah rezeki’ yang telah dikongsikan Nurrul Shafika untuk anda semua.

Advertisement

Jaga solat, amalkan al-mathurat dan rajin berdoa.

tips

Fikir 4 hingga 5 kali sebelum membeli sesuatu.

tips

Berbaik sesama makhluk.

tips

Sentiasa positif dan minta doa ibu bapa.

tips

Bersyukur dengan segala nikmat.

Tips

Sentiasa sedekahkan Al-fatihah untuk ibu bapa selepas solat fardhu.

tips

Bersedekah dan lakukan solat sunat.

tips

“Aku gaji sebenarnya tak sampai RM2,000 pun tapi tulah aku kata. Allah Maha Pemurah. Tiba-tiba ada insentif lah, ada job tepi lah, orang minta tolong lepas tu bagi upah, bonus tetiba lebih, tetiba ada orang belanja makan jadi boleh potong perbelanjaan harian. Semua tetiba. Rahmat!”

Advertisement

tips

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan boleh dijadikan motivasi untuk kita semua. 

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...