Membuat simpanan bulanan bukanlah satu perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi bagi generasi muda yang sentiasa ingin up-to-date dalam berfesyen dan pilihan gajet.
Gaji banyak mana pun memang takkan pernah cukup.
Namun, jika benar-benar tekad dan berusaha pastinya kita mampu melakukannya. Jangan terkejut, jika ada yang bergaji di bawah RM 2,000 sebulan pun mampu menyimpan sehingga RM19,000 dalam tempoh yang singkat sahaja.
Nurrul Shahfika Ahmad dikatakan hanya memiliki simpanan sekitar RM3,000 sebelum dilamar suami tercinta pada Febuari 2019. Namun, dia berjaya menyimpan sehingga lebih RM19,000 menjellang hari perkahwinannya pada September tahun itu.
“Bila kita niat nak buat baik, Allah permudahkan semudah-mudahnya urusan kita. Suami saya lamar saya pada Februari 2019 ketika simpanan saya sekitar RM3,000 sahaja tetapi saya berjaya menyimpan sehingga RM19,000 sendiri,”
Berikut adalah tips ‘murah rezeki’ yang telah dikongsikan Nurrul Shafika untuk anda semua.
Jaga solat, amalkan al-mathurat dan rajin berdoa.
Fikir 4 hingga 5 kali sebelum membeli sesuatu.
Berbaik sesama makhluk.
Sentiasa positif dan minta doa ibu bapa.
Bersyukur dengan segala nikmat.
Sentiasa sedekahkan Al-fatihah untuk ibu bapa selepas solat fardhu.
Bersedekah dan lakukan solat sunat.
“Aku gaji sebenarnya tak sampai RM2,000 pun tapi tulah aku kata. Allah Maha Pemurah. Tiba-tiba ada insentif lah, ada job tepi lah, orang minta tolong lepas tu bagi upah, bonus tetiba lebih, tetiba ada orang belanja makan jadi boleh potong perbelanjaan harian. Semua tetiba. Rahmat!”
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan boleh dijadikan motivasi untuk kita semua.